Tunku Ismail spent the past year breathing new life into JDT and the state of Johor. The next step? Well, you know... He's going to create History.
I'm the fifth child in a family six children. I'm blessed to grow up having 3 older brothers who I really look up to.
I'm extremely close to my brother Tunku Ismail because we went through the same commando training and we both love the sport of polo.
Ever since I was young I always followed him around and watching him always wanting to be different and creating history.
Looking at his achievements in his career is amazing.
This is a guy whom I sometimes find scary because when he has a mission, he is totally devoted to it 100 percent.
The scariest thing about my brother is that, everybody around him knows that he predicts success even before he accomplishes it.
For example, some years ago we were walking at the polo field, he said to me, "You know, one day I'll play in the Metropolitana Polo Tournament and win it".
He went on to win the tournament twice, being the only royalty and asian achieve that feat in the most prestigious polo tournament in the world.
The 2 Ds
However there's no secret to his success, be it in his military training, polo, charity work, and now football.
It's all what he like to call the double D's factor which stands for discipline and determination.
When I see where he has taken Johor football I wasn't surprised.
Whenever I look at him he always got this smile on his face like, "what did I tell you?"
He's full of surprises. Not many people understand him as much as I do.
I think our military training in the special forces plays a big role in our character.
We're just trained to stick to our mission and never surrender. Back to football, I think Johor is very fortunate to have him.
He's a born leader who sacrifices a lot for the state be it in football or his state duties.
Whatever it is, as a brother, he will always have my support no matter what.
For the people of Johor and JDT football fans enjoy the show and see how this guy creates history for JDT.
H.H. TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU PANGLIMA JOHOR.
DYAM Tunku Ismail telah berusaha sepanjang tahun yang lalu untuk memberikan nafas baru kepada JDT dan negeri Johor. Langkah seterusnya? Nampaknya, DYAM Tunku Mahkota akan mencipta sejarah. Saya merupakan anak kelima daripada enam adik beradik. Saya amat beruntung kerana membesar bersama tiga orang abang yang saya amat hormati dan merupakan contoh yang baik.
Saya amat rapat dengan abang saya Tunku Ismail, kerana kami bersama-sama mengikuti latihan komando dan kami amat meminati sukan polo. Sejak saya masih kecil, saya akan mengiringi abang saya dan saya dapat melihat bagaimana baginda sentiasa mahu melakukan sesuatu dengan berbeza dan ingin mencipta sejarah. Melihat kepada pencapaian baginda dalam kerjayanya, ianya amat menakjubkan. Kadang kala saya pun naik "seram", kerana baginda merupakan seorang yang apabila mempunyai suatu misi, baginda akan menumpukan 100% daya usaha untuk mencapainya, dan apa yang lebih menakutkan adalah baginda selalu dapat meramalkan kejayaannya sebelum ianya dicapai. Sebagai contoh, bertahun-tahun dahulu kami sedang berjalan di padang polo, dan baginda bertitah, "Suatu hari, saya akan menyertai kejohanan polo Metropolitana dan akan menjadi juara". Baginda kemudiannya layak menyertai kejohanan tersebut dan menjadi juara dua kali berturut-turut, serta menjadi kerabat DiRaja dan warga asia pertama yang berjaya mencapai kejayaan tersebut. Namun sebenarnya tiada rahsia dalam kejayaannya, baik dalam latihan ketenteraan, sukan polo, kerja-kerja amal, dan kini bolasepak. Ianya adalah dari disiplin dan keazaman yang diamalkan. Setiap kali saya melihat wajahnya, baginda sentiasa tersenyum dan kemudiannya bertitah, "betul tak apa yang saya cakap?".
Baginda sememangnya penuh dengan kejutan. Tidak ramai yang memahami baginda sebagaimana saya memahaminya. Saya rasa latihan ketenteraan kami memainkan peranan yang besar dalam pembentukan jati diri kami. Kami dilatih supaya menjalankan misi dan pantang berputus asa. Berbalik kepada bolasepak, saya merasakan Johor amat bertuah kerana memiliki baginda. Baginda merupakan pemimpin semulajadi yang banyak berkorban, baik dalam tugasan rasmi negeri ataupun bolasepak. Apa-apapun, baginda tetap abang saya, dan baginda akan sentiasa mendapat sokongan saya walau apa jua keadaan sekalipun. Untuk seluruh rakyat dan penyokong Johor, enjoy the show dan lihatlah baginda mencipta sejarah.
YAM TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU PANGLIMA JOHOR.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.