`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, October 12, 2015

Video Pekerja Restoran Mamak Cuci Kuali Pakai Mop Tersebar

Video Pekerja Restoran Mamak Cuci Kuali Pakai Mop Tersebar


PERBUATAN menjijikkan seorang pekerja restoran yang mencuci kuali dengan menggunakan mop lantai berjaya dirakam pelanggan.


Berdasarkan video yang dimuat naik, ia menunjukkan pekerja di bahagian dapur tidak menyedari perbuatan meloyakan itu menjadi tumpuan.

Sebenarnya dah banyak kali kita dengar tentang isu-isu kebersihan yang dipertikaikan di premis-premis makanan.

Kali ini tersebar sebuah video yang menunjukkan aksi seorang pekerja di bahagian dapur di sebuah restoran mamak mencuci kuali dengan menggunakan mop!

Video ini dirakam oleh seorang pengunjung restoran itu.

“Kita pun dah fikir mcm tu td. Haha. Beli purposely utk basuh kuali. Tapi dah kenapa basuh dgn dapur skali? Amik air dari dalam kuali. Sorilah terus negatif balik,” demikian memetik individu yang memuatnaik video itu.




Sementara itu, menurut individu yang memuat naik video, pada mulanya dia beranggapan mungkin mop yang digunakan hanya untuk membasuh kuali, namun dia tersentak selepas melihat individu terbabit membasuh kuali dan lantai pada masa yang sama.


Menurutnya lagi, kejadian berlaku ketika dia dan suaminya sedang menikmati makanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.