BATU PAHAT – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai oleh seorang bilai ketika hendak melaungkan azan Subuh di Masjid Jamek Baiturrahman Sungai Tongkang, Rengit pada Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, bilal berkenaan terdengar suara tangisan sebelum terkejut menemui bayi tersebut di beranda masjid dalam keadaan berselimut.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam itu lengkap berpakaian bayi berwarna putih serta memakai lampin.
“Bayi yang masih bertali pusat dan pucat selain kesan darah di kepalanya itu cukup sifat dan dalam keadaan sihat. -Kosmo
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.