`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 5, 2015

"Gerakan Mematikan Minda Bangang" di http://republikjiwamerdeka.blogspot.my

This is to introduce the latest blog that is taking up the cudgels to open up the Malay mind.  

The Blog "Republik Jiwa Merdeka" has launched the Gerakan Mematikan Minda Bangang. Here is a snapshot of a post :



I received this from the Blog owner:

Salamun Alaik Tuan Syed,

Terima kasih kerana sudi membaca email ini.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, izinkan saya perkenalkan diri saya secara ringkas.
 
Nama saya ** dan saya telah mengikuti penulisan tuan di blog sejak dari 2012 lagi.

Saya amat tertarik dengan penulisan tuan mengenai pelbagai isu, dan tuan juga pernah menyiarkan penulisan saya atas tajuk 'Siapa Sebenarnya Ulama'. 

Malang sekali blog yang saya tuliskan tidak dapat lagi diakses dan saya kini telah buat blog baru.

Saya ingin memohon keizinan tuan untuk add blog tuan ke bloglist saya, dan sekiranya ada kelapangan, saya jemput tuan singgah ke blog kecil - kecilan saya. 

Ianya adalah perjuangan kecil saya dalam penulisan untuk membebaskan umat Melayu Islam dari cengkaman minda jahil.

Pada hemat saya, sudah tiba masanya saya dari golongan anak muda sama - sama berjuang dengan veteran seperti tuan di dunia blog ini untuk mengutarakan pendapat - pendapat yang perlu dalam membawa kembali budaya berfikir dan membaca di kalangan umat Melayu Islam di Malaysia. 

Kini umat Melayu Islam sedang diancam penyakit 'regression' yang menyebabkan pembantutan minda atau dalam bahasa pasarnya 'makin bangang'.

Jadi saya juga ingin berjuang untuk 'Gerakan Mematikan Minda Bangang' ini dari terus -terusan meracuni minda umat Melayu Islam.

Walau tidak sehebat mana, tapi ini sumbangan kecil saya. Mungkin, jika ada yang tertarik, dapat pula saya bentuk kumpulan demi kumpulan supaya suara kita semakin besar.

Terima kasih atas masa tuan membaca email saya.

Blog saya boleh dilawati di http://republikjiwamerdeka.blogspot.my/ yang menggunakan nama pena "Lord Havelock Vetinari".

Semoga tuan berada dalam lindungan Allah selamanya.

Salam perkenalan.
 
**

My comments : 

Salamun Alaikum Sdra. 

Merdeka pada jasad fizikal  membenarkan kita bebas berpergian ke mana pun ikut suka hati kita.  

Tetapi jika minda kita tidak merdeka, puak-puak syaitan boleh menipu kita mengurungkan atau penjarakan diri dalam berbagai jenis kurungan - pemikiran yang berkurung,  pakaian yang berkurung,  berkurung dalam pembencian terhadap manusia,  pemerintahan yang berkurung,  undang-undang yang berkurung dan banyak lagi jenis kurungan. 

Dalam sekelip mata kita jadi bodoh dan sesat - mangsa puak syaitan yang sudah janji akan menyesatkan kita dari jalan yang benar.
 
Saya ucapkan tahniah disertai dengan ucapan selamat berjaya dalam usaha besar sdra untuk memerdekakan dan membuka minda umat kita.

Saya sudahi dengan Allahuma Solli Alaikum -   Semoga Allah swt melimpahkan sokonganNya ke atas usaha ini. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.