`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 17, 2015

Siapa Noor Farida? - Manusia Gagal Yang Malukan Negara!


Sejak dua menjak ini nama Noor Farida agak meletup disebabkan kejahilan dan kedudukan logik akal yang menolak permintaan Islam melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh dirinya. 


Namun kita terifkir siapa dia ini tiba-tiba sahaja muncul dan jadi heroin bodoh dalam drama musuh Islam. Kali terakhir negara memberi tanggungjawab serius kepada sebahagian mereka yang menjadi penggerak utama kumpulan G25, kita kehilangan wilayah laut, pengecilan sempadan maritim dan kedaulatan wilayah negara kepada negara Singapura.

Salah seorang tokoh daripada kumpulan G25 yang menandatangani surat terbuka tersebut, pernah dilantik menjadi Co-Agent kepada pasukan tuntutan Malaysia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Co-Agentnya, Dato’ Farida Ariffin 

Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan pasukan peguam untuk ke ICJ. Beberapa orang telah dilantik untuk memastikan Pulau Batu Puteh kekal sebagai Pulau yang merupakan sebahagian daripada wilayah Malaysia. 

Kes tersebut telah dibawa ke ICJ dan keputusan telah diputuskan bahawa Pulau Batu Puteh atau dirujuk juga sebagai Pedra Branca adalah menjadi milik Singapura. Kes ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada emosi rakyat Malaysia, maruah negara dan Kesultanan Johor terutamanya. 

Ia sehinggakan Almarhum Sultan Johor dan DYMM Sultan Johor kini menegaskan supaya segala usaha dibuat bagi memastikan Pulau Batu Puteh kembali diiktiraf sebagai sebahagian daripada wilayah kedaulatan Johor dan Malaysia. 

Kes kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh di ICJ tidak berakhir dengan begitu sahaja. Malaysiakini, sebuah portal yang pernah mendapat bantuan dana daripada National Endowment For Democracy (NED), pernah menggemparkan negara dengan membuat laporan berita bahawa pasukan yang dianggotai dan dibentuk oleh tokoh di dalam kumpulan G25 tersebut, merupakan punca yang menyebabkan negara kita kehilangan kedaulatan wilayah 

The Malaysian Insider juga ada melaporkan bahawa Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, telah membuat sebuah akuan bersumpah bahawa terdapat elemen wang bertukar tangan berlaku sehingga menyebabkan berlakunya penyerahan bahan bukti yang berupa gambar yang dipertikaikan keasliannya oleh ICJ 

Isu tersebut mengundang reaksi berbalas tuduhan serta jawapan antara yang menuduh dan kumpulan Dato’ Farida Ariffin yang sedaya upaya membersihkan kumpulannya daripada tuduhan rasuah dan tidak cekap 

Malah isu ini menjadi semakin panas apabila Malaysiakini yang pernah dibiayai dana dari Amerika Syarikat, negara yang turut membiayai kewujudan Taliban di Afghanistan membuat liputan yang kerap bersama tajuk-tajuk berita yang panas untuk menggambarkan betapa tidak cekapnya pengurusan kumpulan yang ditubuhkan secara bersama oleh Dato’ Farida Ariffin, jurucakap G25 kini. 

The Malaysian Insider tidak terkecuali menjual cerita ini secara kerap dengan gaya pemberitaan yang sama. 

Jika dahulu Malaysiakini, TMI dan segala yang bernafsu pembangkang menuduh kumpulan Dato’ Farida di ICJ sebagai mengkhianati negara dengan kekalahan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam kes Batu Puteh di ICJ, pada hari ini, kita melihat tahap hipokrasi agung ke semua mereka dengan kini berpeluk di bawah satu selimut dengan mengangkat kumpulan G25 yang sedang dijuarai Dato’ Farida sebagai Harapan Baru Untuk Malaysia pula. 

Bayangkan, jika dahulu kepercayaan yang diberikan kepada salah seorang daripada G25 menyebabkan kita kehilangan wilayah kedaulatan negara, apakah kini kita mahu terus secara bodoh memperjudikan kedaulatan yang sama dengan memberikan harapan kepada pihak yang sama hanya kerana mereka kini memakai kosmetik golongan moderate pula? 

Perlukah pisang sampai berbuah dua kali dan baharu kita semua mahu sedar? Melihat track record ini, jelas The Star memang sedang memperjuangkan golongan Moderate Kelabu Asap sebagai Harapan baru untuk Malaysia. 

K7L : Jangan percaya dengan orang yang mampu jual negara?..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.