Print skrin tulisan saya dalam blog tahun 2011. |
Sebelum dicerita atau dikupas apa sebenarnya yang berlaku, saya hendak cerita sejarah tanah yang menjadi rebutan itu seperti mana maklumat yang terlatar ke telinga saya.
Seperti mana disebut sebelum ini tanah itu terletak di pinggir lebuh raya (jalan besar) Pasir Mas - Rantau Panjang. Keluasannya kira-kira 200 ekar. Tanah ini asalnya tanah rezeb kerajaan, yang setengahnya dijadikan kawasan padang rumput. Banyak yang berminat dan terliur dengan tanah itu yang nilai semasa kini mencecah RM130,000 ke atas sehektar.
Di awal lebuh raya itu wujud sekitar tahun 1986, mereka yang tidak bertanah membina rumah kediaman dan juga bangsal untuk berniaga di sepanjang lebuh raya berkenaan terutama berdekatan dengan Bandar Baharu Pasir Mas kini. Bagaimana pun rumah itu diperintah dirobohkan oleh Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM). Saya sempat melaporkan kejadian itu dalam akhbar beberapa kali sehingga menimbulkan kontroversi.
Laporan saya itu tidak disenangi oleh seorang pegawai tinggi pejabat Tanah dan Jajahan itu sehingga saya pernah dipanggil ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Surat berkepala majlis itu di salinan ke pengetahuan Istana Kelantan. Saya tidak tahu apakah wajar surat itu disalin ke Istana, atau ia sengaja untuk mengugut saya agar berhati-hati dan menghentikan terus pembongkaran tentang berjouis atau Jin Tanah, yang memiliki tanah.
Pada tarikh dan masa ditetapkan saya hadir ke pejabat berkenaan. Malangnya pada hari yang ditetapkan itu juga pegawai berkenaan diarah bertukar ke Pejabat Tanah Kota Bharu. Jadi panggilan itu terlupus begitu sahaja tanpa saya sempat berdepan dengan pegawai berkenaan. Sesekali apabila saya bertembung dengan pegawai berkenaan, yang berkepala besar, sama ada di aiprort atau kedai makan, teringin juga saya bertanya hal itu, tetapi tidak jadi. Biarkanlah.
Berbalik kepada nasib rakyat marhein yang rumah atau bangsal niaga mereka diroboh tadi, ironi, rumah mereka tidak bertanah dan hanya meminta sejuring tanah untuk dijadikan kediaman dan mencari rezeki dimusnahkan. Sebaliknya mereka yang sudah kaya, mempunyai tanah berhektar diluluskan permohonan mereka dengan hanya menyebut "sim silabim" sahaja. Ada seorang pegawai Tanah dan Jajahan katanya memiliki ratusan hektar tanah di sepajang lebuh raya berkenaan dengan berselindung di sebalik nama waris warahnya? Cis.
Elok juga kalau SPRM menyiasat perkara ini agar keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan.
Saya juga pernah melaporkan dalam blog ini, kisah dua beradik yang mewarisi tanah diterokai oleh orang tuanya yang ditanam dengan pokok getah sudah 30 tahun tetapi akhirnya terlepas dari milikan mereka. Mereka bergantung hidup kepada tanaman berkenaan. Pemilik atau peneroka asalnya sudah tiada, maka dipusakan kepada anak-anaknya.
Beberapa kali mereka memohon untuk memilikinya seperti mana kebanyakan orang lain lakukan, tetapi gagal.
Apabila Pas memerintah Kelantan 1990, mereka anak peneroka itu membuat permohonan sekali lagi dan berusaha meminta bantuan wakil rakyat. Mereka mengira Kerajaan Pas lebih prihatin dan peka dengan kesusahan rakyat. Wakil rakyat itu ada menjanji untuk menyelesaikannya, tetapi akhirnya terlepas begitu sahaja. Menyedihkan, apabila mereka menyemak status permohonan itu di pejabat tanah Pasir Mas, tanah milik mereka sudah atas nama orang lain. Sekali lagi cis dan kini ditambah dengan berdebah.
Berbalik kepada tanah menjadi rebutan atau injuksi oleh pemimpin Pas terhadap pemimpin Pas lain tadi; Tanah ini diluluskan kepada beberapa individu menerusi sebuah syarikat. Ia diluluskan sekitar akhir tahun 80-an, di zaman pemerintahan BN di Kelantan. Dipercayai individu berkenaan ada hubung kait dengan bekas TMB Hussein Ahmad. Sebab itu setengah mazhab berpendapat tanah berkenaan "milik' Hussein Ahmad.
Tanah itu kemudian digadai kepada sebuah bank perdagangan dengan nilai gadaian sebanyak RM180,000. Malangnya wang hasil gadaian itu disalahguna menyebabkan projek yang dirancangkan seperti mana proposal kepada bank tidak dilaksanakan. Pemimjam tidak menjelaskan wang pinjaman berkenaan menyebabkan bank terpaksa mengeluarkan notis lelolongan awam. Bank terpaksa menjual bagi mendapatkan wangnya.
Menurut seorang bekas pegawai eksekutif Pas Kelantan yang pernah beberapa tahun mendiami Pejabat Pas di Jalan Dato' Pati Kota Bharu, mengakui dia tahu serba sedikit mengenai sejarah tanah berkenaan, terutamanya macam mana tanah itu akhirnya jatuh kepada pemimpin Pas, Mustapa Ali, Abdul Halim Abdul Rahman dan seorang lagi Wan Othman Wan Yusuf.
Ceritanya begini. Apabila dia membaca notis lelongan itu dia ke bank berkenaan untuk mendapat butiran lanjut. Tujuannya hendak membeli tanah berkenaan daripada bank itu. Kedatangan pegawai ini ke bank inilah memecahkan cerita sebenar, bagaimana Mustapa Ali dan Abdul Halim menjadi pemilik kepada tanah berkenaan menerusi syarikat bernama Gelari Tani Sdn. Bdh.Bersambung.
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
ReplyDeletesebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang EYANG WORO MANGGOLO katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama EYANG WORO MANGGOLO
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak EYANG
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI EYANG WORO MANGGOLO 0823-9177-2208
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi EYANG tidak perna meleset
saya jamin EYANG WORO MANGGOLO tidak akan mengecewakan