`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 31, 2016

[VIDEO] Husam: Kenapa Aku Sertai AMANAH?

Cyberjaya: Spekulasi dan teka-teki berhubung kedudukan Datuk Husam Musa di dalam arena politik terjawab apabila bekas Naib Presiden parti itu mengumumkan penyertaannya dalam Parti Amanah Negara (Amanah) di majlis Makan Malam Ambang Merdeka di Cyberjaya di sini malam tadi. 

Menurutnya, beliau menyertai Amanah kerana percaya parti itu merupakan platform baginya meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati. 

"Kita tak nak Kelantan jatuh ke tangan UMNO yang lebih rakus dari PAS. Ia (UMNO) telah terkunci dengan GSTnya, 1MDBnya, segala korupsinya dan PAS pulak berada dalam keadaan goyang kaki. Tiga tahun kita memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan," katanya. 


Kata beliau, beliau nak tumpang bahtera Amanah dan mengucapkan selamat tinggal kepada bahtera PAS yang berpusing-pusing tak tahu mana arah tujuan. 

"Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing," ujarnya. 

Husam turut menyelar kerajaan PAS Kelantan kerana sampai sekarang masih belum habis membina rumah mangsa banjir namun sebaliknya membina tugu peringatan banjir. 

"Sebagai orang beriman kita senang dengan perjuangan di atas dasar Islam, sebab itu kita (sebelum ini) masuk PAS. Sekarang AMANAH ada, AMANAH pun ada dasar Islam, maka saya pilih AMANAH. Ia menteramkan hati saya," tambahnya lagi. 

"Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri," katanya. 

"Anda menuduh barisan ini sebagai pengkhianat, sebenarnya pada hemat saya, pemimpin PASlah yang telah mengkhianati rakyat Malaysia," ujarnya disambut dengan laungan takbir oleh mereka yang hadir. 

"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," ujarnya di hadapan kira-kira 500 hadirin yang hadir di majlis tersebut. 

Dengan penyertaan Husam ke dalam Amanah, parti Amanah kini sudah mempunyai kerusi parti Amanah di dalam DUN Kelantan. 

Turut hadir di majlis itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang serta sebilangan besar anggota pimpinan Amanah termasuk Sdra YB Hanipa Maidin yang datang berkerusi roda untuk meraikan penyertaan Husam ke dalam Amanah,

Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor telah dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu.

Ia susulan kelantangannya mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan parti itu mengadakan kerjasama dengan UMNO. 

Amanah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Harapan. 

Sementara itu di media sosial pula, ramai yang menyambut baik langkah dan memuji tindakan Husam berkenaan. Kebanyakan menyatakan langkah Husam bukan saja akan memperkuatkan kedudukan Husam sendiri malah akan memperkukuhkan Amanah. -Greenboc


VIDEO


1 comment:

  1. TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI EYANG RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB EYANG RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR, 0823-9177-2208,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.