`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 12, 2016

BLOCKBUSTER - Campur Tangan Asing? adapted from Dr Chandra Muzaffar




 1. Bermain golf? 
2. Percampuran tangan asing? 
3. Membeli pemimpin? 
4. Menjual negara?

This is originally WRITTEN by Dr Chandra Muzaffar. I have truncated plenty and rewritten plenty for brevity. Also added what I consider to be some oomph. But the gist is there.

Campur Tangan Asing?  

Isu campur tangan asing kini dihebohkan oleh media tempatan dan ahli politik. Campur tangan asing memang wujud dalam politik antarabangsa. Di rantau Asean, campur tangan asing pernah berlaku di Indonesia, Filippina dan Vietnam. Bukan saja di Asia Tenggara, malah seluruh dunia pernah mengalami campur tangan asing. Afghanistan menjadi mangsa dua kuasa besar : Soviet Union pada 1979 and Amerika Syarikat serta NATO pada 2001. Iraq, Syria dan Libya juga menjadi sasaran Amerika  Syarikat. 

Sejarah juga  mencatatkan campur tangan asing di Afrika dan Amerika Latin. Kesemuanegara ini memberi bukti akan campur tangan asing di setiap benua. Persoalannya, adakah terdapat campur tangan asing di Malaysia?

Campur tangan asing paling jelas berlaku di Malaysia sewaktu krisis ekonomi 1998. Ketika itu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mahu mengikut telunjuk IMF. Beliau sering mengkritik kuasa besar berdasarkan prinsip kedaulatan dan kemerdekaan. Makapihak asing yang dibantu oleh individu dan kumpulan tertentu dalam negara  cubamenggulingkan Dr.Mahathir.  Tetapi mereka gagal.

Kali ini isu 1MDB dihebohkan sebagai campur tangan asing. Benarkan tuduhan ini? 

Pengumuman berkenaan 1MDB oleh Jabatan  Keadilan Amerika Syarikat  menerusi  Peguam Negaranya dituduh sebagai campur  tangan asing dalam urusan negara kita. Benarkah begitu?

Tuntutan Peguam Negara Amerika Syarikat adalah berkaitan  pembelian aset di dalam negara itu oleh individu tertentu yang disyakki menggunakan wang yang diperolehi secara tidak sah dari 1MDB.

Seterusnya, mengikut prosedur penyiasatan undang-undang mereka,  Amerika Syarikat mengambil tindakan untuk membekukan aset-aset 
kepunyaan individu-individu tertentu ituyang terletak di Amerika SyarikatJadi bagaimanakah tindakan Amerika Syarikat terhadap aset-aset dalam negara mereka kepunyaan beberapa individu tertentu boleh ditafsirkan sebagai campur tangan dalam urusan kerajaan Malaysia di Putrajaya? 

Kita juga perlu meneliti asas penyiasatan 1MDB pada dasarnya. Kita perlu perhatikan lima perkara utama. 

Pertama, siasatan 1MDB telah dimulakan oleh Bank Negara Malaysia pada 2011 kerana berlaku pengaliran wang ke luar negara oleh syarikat ini yang meragukan Bank Negara.  Maka siasatan ini telah dimulakan oleh Bank Negara Malaysia sendiri sejak 2011 dan bukan oleh sebarang  kuasa asing. 

Keduanya,  pada awal 2015, beberapa badan penyiasat Kerajaan Malaysia yang lain turut memulakan  siasatan terhadap 1MDB.  Antaranya ialah 

  • Pejabat Peguam Negara
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan 
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Ketiga badan berkuasa ini bersama dengan Bank Negara telah  menubuhkan satu pasukan petugas khas (Task Force) untuk menyiasat 1MDB atas dasar wujudnya keraguan  terhadap pengaliran wang, pelaburan dan hubungan dengan badan-badan kewangan lain di luar negara.

Seterusnya, Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Parlimen juga memulakan siasatan pada Mei 2015.   

Sebelum itu pada Mac 2015, Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan Ketua Audit Negara memulakan  proses audit terhadap 1MDB. 

Semua ini membuktikan bahawa langsung tiada campur tangan asing dalam siasatan kes 1MDB ini. 

Kecuali  PDRM, SPRM, BNM, Task Force, PAC, Ketua Audit Negara dan Perdana Menteri sendiri semuanya mengikut arahan kuasa asing, perkara yang mustahil dan tidak masuk akal.

Keempat ialah ahli parlimen dan ahli politik yang telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap 1MDB sejak tahun 2014. Ahli parlimen  pembangkang dan juga pemimpin politik pertengahan UMNO (contohnya Naib Ketua bahagian Batu Kawan)  telah membangkitkan isu ini. Akibatnya Dato Khairuddin Hasan dipecat dari UMNO. 

Perlu kita ingat bahawa individu-individu yang mula bersuara tentang 1MDB adalah pemimpin tempatan serta pemimpin Kerajaan sendiri, dan bukannya komplot dari luar negara.

Kelima skandal 1MDB  ini telah didedahkan oleh media tempatan. Edge Weekly dan Edge Daily mendedahkan butir-butir pengaliran wang, pihak yang terlibat dan sebagainya.  The Edge adalah akhbar tempatan dan sama sekali tidak terlibat sebarang campur  tangan negara asing. 

OSTB : Dan satu lagi soalan besar yang harus dijawab ialah kenapa tidak ada sebarang tuduhan campur tangan asing dilemparkan terhadap The Edge, Dato Khairuddin Hassan atau sesiapa pun SEBELUM Peguam Negara Amerika Syarikat membuat kenyataan media pada Julai lalu ? Ataupun bila BNM, SPRM, PDRM, Task Force, Ketua Audit Negara dan PAC memulakan siasatan mereka sejak 2011 (BNM) ?

Kelima perkara ini membuktikan dengan jelas bahawa isu 1MDB telah mendapat perhatian awal dari dalam Malaysia  sendiri tanpa campur tangan sebarang kuasa asing. 

1MDB sebenarnya mencermnkan kegagalan kita menjalankan siasatan yang sempurna dan kegagalan kita mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 

Keadaan bertambah buruk dengan pemecatan dan pengguguran mereka yang lantang bersuara dan ikhlas mencari kebenaran

Ramai yang telah disingkirkan antaranya Timbalan Perdana Menteri, seorang Menteri Besar dan beberapa orang penting dalam pasukan penyiasatan 1MDB. PAC tidak berfungsi beberapa bulan apabila pengerusi dan anggotanya "dilantik" memasuki anggota pentadbiran

Kes 1MDB aneh sebab skandal kewangan telah dihebohkan selama 2 tahun tetapi  tiada sesiapa pun didakwa atau diambil tindakan undang-undang. Segala usaha seolah-olah cuba digagalkan. Kenapa ini berlaku? 

Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana ada pihak yang tidak mahu  kebenaran dibongkarkan. Kebenaran disembunyikan bagi melindungi individu tertentu dan selagi mereka memastikan kepentingan politik mereka selamat, selama itulah kebenaran tidak akan didedahkan.

Lain sungguh keadaannya di luar negara. DI Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat, tindakan telah diambil sebaik sahaja mereka mengesan jenayah mengubah wang secara haram (money laundering) dalam pengaliran wang mereka. Untuk menjaga nama mereka sebagai pusat kewangan antarabangsa, mereka perlu bertindak untuk menjaga integriti sistem kewangan negara mereka.

Kita tidak boleh nafikan bahawa hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat jauh lebih baikdaripada dulu. Perdana Menteri Najib Razak merupakan Perdana Menteri yang paling rapat dengan  Washington dan Barat sejak allahyarham Tunku Abdul Rahman. Najib jarang mengkritik dasar luar Amerika Syarikat jika dibandingkan dengan Tun Mahathir.   

Padahal Obama sudah melawat Malaysia dua kali dalam tempoh dua tahun dan bermain golf dengan Najib di Hawaii.  Kita tidak tuduh Amerika campur tangan dalam urusan negara kita sewaktu Najib bermain golf dengan Obama.

Ini bermakna tiada sebab Amerika Syarikat menjadikan Malaysia sebagai sasaran dalam menangani kes berkaitan 1MDB.  

Kegagalan kita sendiri untuk bercakap benar dan menegakkan keadilan undang-undangyang membuka jalan kepada Peguam Negara Amerika Syarikat bertindak secara betul dan mengikut lunas undang-undang yang dipersetujui antabangsa. 

1MDB bukan isu campur tangan asing.  Sebaliknya 1MDB melibatkan integriti, amanah, prinsip dan tanggungjawab kepimpinan.

Kuala Lumpur.

10 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.