`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 30, 2017

Ketuanan Islam- Ketuanan Melayu- bahagian 2



Ada suatu komen dari orang yang tidak beri nama tapi mengepos komen nya pada jam 13.33. Jadi, kita rujuk dia sebagai 13.33. Respons saya kepada komen nya itu, adalah sebahagian dari hujjah saya mengenai isu ketuanan Islam dan ketuanan Melayu.

Komen yang saya maksudkan berbunyi demikian:-

Then tell us how u plak nk muliakan islam la...jgn kondem org yet u urself xde solution...but then jgn also bcome another politician...kita kena kaji secara menyeluruh...bla bla bla...no action talk only...i the end u r just justiying ur disagreement...but u disagree does not mean the whole malay muslim pun kene disagree like u...who r u? Rasul ke...no one says u cannot disagree but are u disagreeing based on sunnah or quran ke or nafsu? Itu beza antara intellectual person amd bodoh sombong

Kepada saya, orang ini bermain power game.  Tanpa menyebut nya, dia berkata: I am more Muslim than you. Itulah dia, pada asas nya ketuanan Islam. Islam adalah sebagaimaa aku menentukan nya;  jangan orang lain memandai2 memberi pandangan yang tidak selari dengan aku.

Ustaz yang mengaji Islam merasakan hanya jenis dia mampu mengeluarkan pandangan yang sahih, dan yang superior. Orang yang tidak bersetuju dengan pandangan  mereka, segera dilabel berhujjah mengikut nafsu dan oleh yang demikian, mengeluarkan pandangan yang inferior.Biarkan pakar agama yang membicarakan perkara2 ini. 

Yang lain, dengar, tunduk dan ikut. Aku Tuan, kamu hamba. Rasmi hamba ialah tunduk dan ikut arahan Tuan.

Saya tidak ada masaalah untuk berlain pendapat tapi janganlah mengenepikan hujjah saya dengan merujuk hubungan dia dengan kuasa yang lebih tinggi. Bagaimana dia tahu  dia dapat endorsement dari kuasa tinggi? Semua orang boleh claim itu dan ini.

Orang lain berhujjah ikut nafsu, dia berhujjah ikut apa? Wahyu? Ilmu ladduni? Ilham mimpi? Saya  hanya mampu berhujjah dengan substance atau bahan antara dua telinga saya.Dan ianya bukanlah hidung saya.


Inilah sebetulnya saya kata ketuanan Islam. Custodian what is true Islam adalah dalam tangan orang sepemikiran 13.33. Mereka final arbiter mengenai apa Islam atau tidak Islam. 

Sebetulnya, kebenaran atau truth hari ini mesti dihujjahkan. Ia dihasilkan melalui pencerahan, debat dan dailog. Tapi hari ini, kaedah2 seperti ini tidak lagi dipakai. Self- righteous indignation seperti komen yang diposkan oleh 13.33 itulah yang mahu dipaksa sebagai kebenaran. 

Kebenaran tidak lagi dijumpai melalui pencarian peribadi yang kritikal dan dailog. Iklim dailog kita dipernuhi dengan dakwaan2 kebenaran yang bersaing yang dijeritkan secara keras tanpa sokongan pemikiran dan penalaran/reasoning. Kita lebih menyanjung dan memuliakan kepalsuan sesuatu kenyataan semata mata kerana pembicara nya menunjukkan dia ada kuasa membentuk realiti dengan fantasi peribadinya dan perasaan self-righteous nya.  

Perkara ini bukanlah sesuatu yag baharu. 1400 tahun yang lalu Quran telah sebut permainan power game dan ketuanan Islam ini. Dalam surah Al Baqarah 2:87-88mainan power game ini sudah dinyatakan. 
Al Quran menceritakan mengenai suatu golongan yang angkuh yang jika berdepan dengan pandangan yang tidak mereka suka dan tidak bersetuju dengan mereka dengan segera melabelkan golongan tidak berlaga angin dengan mereka sebagai pendusta dan setengah nya mereka bunuh; hari ini golongan seperti itu, menghalalkan darah Muslim yang lain kerana tidak tunduk pada mereka. 
Dan kumpulan angkuh itu berkata bahawa ilmu yang mereka ada dalam hati mereka sudah mencukupi dan tidak memerlukan perisian lain. Mereka tidak tahu, Allah melaknati mereka.

Serupa dengan orang bertanya- siapa kamu? Rasul? Menulis ikut rasul, sunnah atau Al Quran? Implikasi nya, dia memberi pandangan mengikut itu semua, maka dia berdiri atas landasan moral yang lebih tinggi dari saya yang berhujjah ikut akal dan nafsu, hanya bottom feeder dalam memberi pendapat.

Banyak kali dalam Al Quran kita diperintah supaya berdikari atas diri kita sendiri, mempertahankan hak untuk menjati diri. Allah suruh kita berfikir. Kita diperintah jangan tunduk kepada tradisi dan jangan ikut amalan yang sudah established secara membabi buta. Jangan biarkan orang lain define Islam kita.

Kitalah yang memuliakan Islam melalui usaha sendiri. Pertama dengan melakukan tanggung jawab spiritual kita kepada Tuhan yang esa- percaya kepada Allah dan hari akhirat, kepada malaikat, kepada Al Quran, kepada rasul2 dan nabi2.

Kemudian menjalankan tanggung jawab kita kepada masyarakat- membelanjakan harta benda kerana Allah, untuk suadara mara, untuk anak yatim, untuk yang memerlukan, untuk mereka yang meminta bantuan dan untuk memerdekakan hamba.

Tanggung jawab keatas diri sendiri- istiqamah dalam ibadat kepada Tuhan, mengamalkan sedekah berterusan, menepati peranjian yang kita telah buat. Dan kita diperintah tegas dan sabar ketika melalui musibah, penganiayaan dan bersabar menhadapi keadaan yang tidak menentu.

Jawapan nya ialah kita sendiri yang memuliakan Islam bukan nya tanggung jawab itu diambil alih oleh golongan mullah, ustaz, guru, tok guru dan sebagainya. Lihat Al Quran 2:177.

Masaalah dengan orang yang memberi komen ialah mereka tidak mahu memberitahu nama mereka. Tidak mengapa- kerana mungkin ini membolehkan orang itu membelasah secara peribadi. Menyerang secara ad hominem memang kesukaan mereka yang kurang berani dan yang tidak ada penghujjahan yang lagi baik. Untuk tutup mulut orang, maka mereka mendakwa mereka bercakap ikut sunnah, rasul dan al Quran.

Kalah lah kita jika 13.33 bercakap begini. Siapalah kita hendak berbahas dan memberi pandangan dengan orang yang bercakap bersandarkan rasul, sunnah dan Al Quran.

Pertama marilah kita berhenti bermain power game ini. Janganlah mengenepikan hujjah orang yang tidak setuju dengan kita dengan mendakwa kita bercakap berdasarkan sunnah dan Al Quran, orang lain tidak. Maka, hujjah kita yang bersandarkan demikian adalah superior. Janganlah kita bermain power game dengan menyatakan secara implied, kita pengikut Rasul blah blah dan, saya yang behujjah mengikut ‘nafsu’ tidak mampu menyaingi penghujahhan yang konon nya bersandarkan rasul, sunnah dan Al Quran.

Jika kita bersikap demikian, manalah ruang untuk kelainan dan amalan Islam mengikut kemampuan? Islam kita berbeza beza tapi semua juga masih islam. Jika saya berhujjah konon nya tidak Rasul, tidak sunnah dan tidak Al Quran, adakah itu menjadikan saya kurang Muslim dari 13.33?

Inilah juga penyakit orang PAS yang apply pemikiran pada skala yang lebih besar dan inilah asas ketuanan Islam mereka. Mereka ada hak milik mutlak keatas segala penafsiran Al Quran hanya semata mata, mereka bermain power game menunjuk kepada orang Muslim awam, bahawa oleh kerana ilmu mereka tinggi, maka orang lain tidak boleh melibatkan diri dalam berbicara perkara2 mengenai sikap kita dalam islam. Biarlah mereka yang ahli membicarakan nya.



Oleh kerana tidak jelas, maka saya cuba menjawab nya satu persatu. Apa yang susah nya memuliakan Islam? Islam itu mulia sejauh mana Muslims conduct themselves. Jika mereka conduct themselves violently, intolerant, bullying, maka Islam yang demikian, tidak boleh saya terima. Jika orang yang bercakap dan memilih untuk menerima Islam seperti yang didefinisikan dengan keganasan, membuli orang, tidak toleren, maka itu keputusan nya sendiri. Maka saya akan melabelkan orang itu sebagai Muslim yang ganas, intoleren, dan membuli. Yang hanya mahu orang lain ikut cakap nya dan menafikan hak Muslim lain mendefiniskan diri mereka dengan nilai2 yang berbeza.

Ketuanan Islam PAS maksudnya, PAS sahajalah berhak dan ditauliahkan untuk define apa dia Islam.

Jika saya seorang Muslim enggan menerima bahawa seorang Muslim boleh menipu, mencuri duit, berbohong secara bersiri, menyalah guna kuasa, mengganasi orang lain, bergentayangan dengan duit curian, maka itu pilihan saya. Orang Muslim yang lain yang boleh menerima kemungkaran2 seperti ini, maka hiduplah dia sebagai Muslim yang saya akan labelkan sebagai munafik. 
Jika ada orang yang bersetuju dengan saya, Alhamdulillah. Jika tidak, ianya tidak mengapa. Pandangan saya mencukupi untuk saya dan sehingga ada penghujjahan yang lebih meyakinkan saya, inilah pendapat saya keatas perkara ketuanan Islam. 

Quran ajar kita supaya ada keberanian moral untuk melawan penyegaraman dan regimentation. Itu keindahan Islam pada saya. Iaitu seruan supaya tidak jumud kepada convention atau  mengikut ngikut yang tersedia ada.

Bukankah kita diseru supaya jangan ikut barat atau timur yakni amalan yuang konvensional dan biasa? Bahkan mengikut Islam, kebaikan bukan didefinisi oleh conformitykita kepada apa yang tersedia. Kebaikan itu adalah perlaksanaan tanggung jawab kita kepada Tuhan, kepada masyarakat dan kepada diri kita sendiri seperti yang saya rujuk dalam ayat diatas tadi.

Ertinya, yang memuliakan Islam ialah perbuatan kita sendiri. Bukan nya orang lain yang menentukan nya bagi pihak kita. Jadi jika hujjah saya tidak menamakan sumber penghujjahan itu dari Quran dan  sunnah, maka penghujjahan saya tumpas begitu sahaja?

Sebab itu dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan supaya kita menjadi penegak kebenaran keatas diri kita sendiri, keatas ibu bapa kita, keatas saudara mara. We stand by ourselves. Indahnya Islam ialah, sementara kita manusia ini yang menyulitkan Islam, kita sendiri menyelesaikan nya.

Kita mesti ada kebaranian moral untuk menolak hawa nafsu kita supaya kita tidak bengkok dan jangan berlaku tidak-adil atau enggan berlaku adil. Allah menyerahkan kita mendefinisikan bagaimana berlaku adil.

Jadi jawapan nya ialah kita lah yang muliakan Islam dengan perilaku kita atau conduct kita.

Bbagaimana kita menyelesaikan masaalah kejahatan orang Islam? Ddari rumah dan bukan dengan menyerahkan tanggung jawab tersebut kepada orang lain dan pihak ke3. Pengasuhan dan didikan nilai Islam yang menanam rasa anti ketidakadilan dan anti kebuasan anti kezaliman, anti munafik, anti kepada pelanggaran keatas larangan2 moral yang lain bermula dengan diri kita sendiri. Dan nilai2 ini kita tanam dalam rumah kita.

Muslim yang mahu mendukung nilai yang berlainan silakan. Jika mereka anggap diri mereka muslim yang baik yang menyokong kemungkaran, terpulang pada mereka sendiri untuk reconcile pendirian peribadi dengan pandangan umum yang lain. Jika mereka boleh hidup sebagai seorang Muslim yang menerima kemungkaran sebagai kebiasaan silakan.

Posted by Ariff Sabri (with permission)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.