`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 29, 2017

BSN umum 1 jutawan setiap bulan

Bank simpanan itu berkata penyimpan hanya perlu mendepositkan sekurang-kurangnya RM10.
12-jutawan
KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan peluang lebih luas untuk pelanggan Sijil Simpanan Premium (SSP) bergelar jutawan tahun ini menerusi kempen baharu iaitu “12 Juta Ringgit, 12 Jutawan, 12 Bulan”.
Ia adalah usaha BSN untuk terus memupuk amalan menabung dalam kalangan rakyat di negara ini.
“Nilai keseluruhan ganjaran adalah sebanyak RM17.7 juta. Sepanjang tahun ini, sebanyak 13,536 ganjaran akan ditawarkan kepada penyimpan SSP iaitu 1,128 ganjaran akan diberikan pada setiap bulan,” kata Naib Presiden Kanan/Ketua Perniagaan Runcit dan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah semalam.
Beliau berkata ganjaran bulan Januari menawarkan RM1 juta bagi kategori cabutan istimewa, sebuah BMW 330e bagi cabutan bulanan, RM10,000 SSP untuk kategori khas cabutan remaja dan 15 unit Iphone 7 bagi kategori biasa.
Mearia berkata penyimpan yang menyimpan sekurang-kurangnya RM10 dan ke atas serta simpanan tidak kurang dari tempoh satu hari sebelum cabutan juga berpeluang memenangi sebuah kereta mewah serta ganjaran lain menerusi cabutan bulanan.
“Selain itu, cabutan remaja juga diteruskan untuk penyimpan yang berusia 12 hingga 17 tahun melalui dua kategori iaitu khas dan biasa.
“Kategori khas simpanan minimum sekurang-kurangnya RM1,000 untuk mendapat SSP RM10,000 manakala kategori biasa nilai simpanan hanya RM50,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.