`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 21, 2019

Azmin Ibarat ‘Bintang’

(Utusan) – Ibarat seorang ‘bintang’ . Itu reaksi seorang wartawan melihat sambutan yang diterima oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menghadiri majlis sambutan hari raya di sini hari ini.
Sambutan itu diberikan oleh warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) sewaktu menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 jabatan itu.
Majlis itu yang dihadiri lebih 3,000 warga JPM turut dimeriahkan dengan kehadiran Perdana, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, jemaah menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.
Suasana laluan khas di tengah Dewan Seri Endon tempat berlangsungnya majlis, menjadi sesak dan riuh rendah dengan gelagat warga JPM termasuk lelaki dan wanita yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dan berselfie dengan Mohamed Azmin.
Malah, ada juga yang kelihatan malu-malu untuk berbuat demikian meskipun sudah berbaris untuk mendapatkan giliran ketika Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mahu meninggalkan majlis.
“Tak nak lah, malu,” ujar seorang warga wanita JPM kepada rakannya yang memintanya bertindak cepat selepas berasak-asak di hadapan penulis untuk turut berselfie dengan menteri berkenaan.
Sambutan sedemikian tidak pula diberikan kepada lain-lain pemimpin dan tokoh yang hadir, kecuali Perdana Menteri, isteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Keramahan Mohamed Azmin melayan kehendak warga JPM untuk bergambar dan berselfie ternyata menggembirakan mereka. Beliau juga sempat memberi pos ‘istimewa’ kepada para jurugambar yang berbaris panjang di tingkat atas dewan.
Ternyata, populariti Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR terus melonjak selepas penularan video seks yang dikaitkan dengan beliau.
Bagi warga JPM, isu berkenaan pastinya tidak menjejaskan hubungan mereka dengan Mohamed Azmin dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.