`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 24, 2019

Berita Darul Dhaif Wal Miskeen : Empat Cawangan CIMB Bungkus Kedai




[002] INFO: 4 Cawangan CIMB di Kelantan akan ditutup. Cawangan-cawangan tersebut adalah di Wakaf Che Yeh, Wisma Square Point, Kuala Krai dan Gua Musang. Urus Niaga cawangan-cawangan ini telah ditamatkan operasinya pada 20/06/19 (Khamis). Harap maklum.

My comments :  

Zaman BN dulu, mereka suruh bank GLC seperti CIMB buka cawangan dalam gua dan air keroh. Rugi pun, bank GLC kena tanggung. BN nak tunjuk dia punya gah - boleh buka cawangan bank di tempat  dhaif dan miskeen pun.

Zaman PH sekarang, dia cerewet sikit (fussy).  Kalau tak ada untung, kerajaan PH suruh GLC tutup saja bisnes dan cawangan. Tak kira cawangan bank ke, ladang kelapa sawit ke, kolam udang ke - if not profitable then sell it off or just shut it down.


CIMB Wakaf Che Yeh tutup sebab sudah tiada wakaf atau che yeh. Square point sudah jadi round. Jadi yang round tak boleh lagi masuk dalam square. Di Kuala Krai air sungai sudah lama jadi keroh. Maka bank pun tutup. 


Di Gua Musang, ada musang yang tidak ber-gua dan ada gua yang tidak ber-musang.  Kepala (kerajaan negeri) sudah lama tiada peduli kepada badan dan ekor (rakyat negeri).     Maka terjadilah Darul Dhaif dan Miskeen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.