`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 24, 2019

Pemuda PH Buat Laporan ROS, Minta Tindakan Tegas Ke Atas UMNO

(Berita Harian) – Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini, membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung UMNO didakwa menerima dana berjumlah RM212 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laporan dibuat Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin dan diserahkan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan ROS, Mohd Rejab Ramli pada jam 2.45 petang.
Ulya Aqamah berkata, pihaknya berpendapat tindakan keras berdasarkan undang-undang perlu dikenakan ke atas UMNO susulan pendedahan SPRM mengenai penyelewengan 1MDB.
Beliau berkata, ia perbuatan tidak boleh dimaafkan kerana wang 1MDB sepatutnya digunakan untuk pembangunan ekonomi negara dan bukannya disalurkan demi kepentingan parti serta kegunaan UMNO.
“Tindakan memindahkan dana dengan jumlah begitu besar jelas menunjukkan terdapat salah guna kuasa dan kesalahan penggunaan wang rakyat oleh UMNO.
“Andai dibiarkan tanpa tindakan tegas, kami risau amalan terkutuk ini akan menjadi ikutan pada masa depan, malah perkara sama akan berulang kembali. Jadi, ROS perlu mengambil tindakan tegas ke atas UMNO,” katanya kepada media, hari ini.
Ketua Penerangan Pemuda Pakatan Harapan (PH), Ulya Aqamah Husamudin (tengah), membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung UMNO didakwa menerima dana berjumlah RM212 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Foto Ahmad Irham Mohd Noor
BH Online semalam melaporkan Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa UMNO dihukum kerana didakwa menerima dana b

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.