`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 30, 2023

Kementerian arah matikan elektrik jika artis luar negara ‘buat hal’

 

Sebelum ini persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan penonton.

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta penganjur konsert melibatkan artis luar negara mematikan bekalan elektrik serta-merta jika berlaku adegan tidak senonoh dalam persembahan mereka.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching, berkata garis panduan tambahan diperketatkan itu dibuat susulan perbuatan biadab kumpulan The 1975 ketika Festival Good Vibes 2023 Julai lalu.

“Kami juga sekarang telah minta penganjur untuk wujudkan ‘Kill Switch’ supaya sekiranya ada apa-apa insiden yang tidak senonoh berlaku boleh kita serta-merta supaya putuskan elektrik supaya persembahan tersebut tidak boleh dijalankan lagi,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang bertanya adakah kerajaan menambah baik proses tapisan dan penyenaraian hitam artis luar negara yang mempunyai rekod melakukan aksi tidak senonoh serta dikhuatiri ada unsur negatif untuk generasi muda.

Sebelum ini, persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Vokalis itu didakwa memegang botol arak ketika berada atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dalam pada itu, Teo berkata tambahan garis panduan lebih ketat adalah usaha kerajaan untuk memastikan persembahan dijalankan artis luar negara mengikut budaya tempatan.

Beliau berkata, polis sentiasa membantu KKD untuk membuat semakan latar belakang supaya dapat memastikan artis luar negara tidak mempromosi unsur negatif di negara ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.