`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 30, 2023

AIKKK JIHAD TAI CHI !! DEPA NAK TAICHI JIHAD KEPADA ORANG LAIN PULA ?? INI STYLE APA ?? MACAM HAJI UPAH KE? BOLEH KE TAICHI JIHAD KEPADA ORANG LAIN?

 Tuan-Tuan dalam seminggu dua ini kita telah saksikan pelbagai gelagat tak masuk akal oleh hamba-hamba kepada mereka sendiri dalam isu Hamas ini.

1. Ada orang yang kata dia kena ugut oleh negara Eropah sebab membela Hamas. Orang lain pula tak percaya.

2. Ada Menteri hantar surat pekeliling suruh sekolah sambut aktiviti solidariti dengan Hamas. Lepas tu dia hantar satu lagi surat memberi amaran pula 'Jangan melampau tunjuk solidariti atau kamu akan kena tindakan'. Bengong betul.

3. Ada guru sekolah memakai pakaian militan dan berlakon bermain dengan senjata plastik (toys) di sekolah. Mereka kelihatan sangat seronok. Tak payah lah mengajar untuk satu minggu. Pelajaran anak murid tertinggal ke belakang tak apa lah. Bukankah di kampong itu ada banyak tanah terbiar. Kalau tak belajar pun, esok boleh lah tanam jagung. Dont worry brader.

4. Ada pula ostard kurus macam cicak kobeng cuba memanah bendera Israel dengan anak panah berapi. Tetapi bendera itu tidak terbakar. Last sekali dia sendiri terpaksa menyalakan api dengan tangan dia untuk membakar bendera itu. Anak panah dia lembik, tak berapi pun.

Tuan-tuan negara kita memang ramai karakter kartoon. 

Dalam video ini pula tuan-tuan boleh melihat kumpulan entah mana demonstrasi depan Kementerian Pertahanan menyuruh angkatan tentera kita pergi berjuang bersama Hamas.

Sila dengar dulu:

 


Banyak cantik. Ostard itu boleh suruh orang lain pi jihad. Main taichi pula.

Depa ini pun amat keliru. Tugas angkatan tentera adalah untuk mempertahankan negara kita - bukan pergi berjuang di negeri orang lain. Masa pengganas Sulu serang Sabah dulu, pasukan ATM kita yang pergi menghalau pengganas itu. Sehingga berlaku pengorbanan jiwa ahli pasukan keselamatan kita. 

Ostard dalam video itu tak berjuang apa pun.

Sewaktu Pak Arab terencat akal mengisytiharkan diri sebagai khalifah ISIS ramai juga orang Malaysia yang keliru sanggup pergi ke Turki dan Syria untuk berjihad bersama ISIS. Termasuk bebudak perempuan kita yang sanggup "berjihad nikah".

Ada yang telah menjual rumah, perabot dan perkakas untuk dijadikan dana untuk bayar tambang kapalterbang pergi ke Turki dan Syria. Walaupun mereka terkeliru  (dan ramai yang terbunuh di Syria) tetapi mereka tidak taichi jihad mereka kepada orang lain. Mereka sanggup berjihad dengan tubuh jasad mereka sendiri. Perjuangan mereka lebih ori.

Mereka tidak demonstrasi depan Kementerian Pertahanan menyuruh orang lain pula pergi berjihad.  

Geng ostard yang demonstrasi depan Kementerian Pertahanan itu tahu perbuatan mereka tidak akan berhasil. Tetapi bukan mereka peduli pun. Tujuan mereka sebenarnya adalah untuk mencari publisiti murahan dengan cuba memalukan Angkatan Tentera Malaysia sebagai tidak mahu berjihad. Itu adalah fitnah.

Hello brader-brader ostard, pergilah sendiri berjihad bersama Hamas. Kau cuba lah elak peluru dan meriam katak dengan buncit kau itu. Jangan taichi tanggungjawab jihad kau kepada orang lain pula. 

Masa zaman para sahabat, tabiin dan tabii tabiin dulu mereka tidak pernah berdemonstrasi depan Kementerian Pertahanan zaman itu menyuruh orang lain pergi berjihad. Mereka pergi sendiri untuk berjihad. Maka ikutlah contoh para salafus-soleh itu yang senantiasa sedia mengorbankan jiwa mereka untuk berjihad.

Tuan-tuan jelas sekali dalam seminggu dua ini sebilangan orang dalam negara kita makin keliru, termasuk Menteri dan guru sekolah.  Dan kekeliruan ini tercetus apabila boss yang pelakon dan oportunis cuba mempermainkan isu Hamas untuk meraih simpati pengundi Melayu. Undi punya pasal. Itu saja. 

Saya ada cadangan sikit - why not boss itu pergi berjihad sendiri dengan Hamas? Tunjuklah contoh yang baik.  أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ  atau uswatun hasanah.

Jangan tai chi berjihad kepada orang lain.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.