`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 14, 2023

HABIS TABUNG TIN MILO PULA SIAPA AUDIT? Mufti Perlis: Jangan benarkan Aman Palestin kutip wang, Jaips

 



 

Mufti Perlis: Jangan benarkan Aman Palestin kutip wang, Jaips

HARAPAN DAILY HARAPAN DAILY October 12, 2023 


Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengarahkan Jaips tidak membenarkan Aman Palestin membuat kutipan wang di negeri Perlis.

“Pihak jabatan ini ingin memberikan pandangan agar pihak jabatan tuan tidak membenarkan pertubuhan tersebut membuat kutipan di premis-premis agama Islam di negeri ini sehingga siasatan dan kepastian diperolehi,” kata Asri dalam surat rasmi.

Dalam surat beliau bertarikh 24 Ogos, Asri berkata terdapat perkara – perkara yang tidak jelas dan menimbulkan persoalan berhubung kutipan tabung Aman Palestin.

Beliau menambah terdapat aduan ke atas Aman Palestin yang menggesa siasatan dibuat ke atas “kutipan wang yang dipungut dan dikumpulkan selama ini”.

Aman Palestin ialah sebuah syarikat berhad dengan jaminan yang tidak berteraskan keuntungan dan seringkali mengutip dana demi Palestin, terutamanya apabila tercetusnya perang membabitkan Palestin dan Israel.

Ketika ini Israel sedang membedil kawasan sempadan negaranya dan Semenanjung Gaza.

Minggu lalu Media Prima Berhad telah membuka Tabung Kemanusiaan Palestin bersama Aman Palestin untuk membantu masyarakat Palestin.

Tiada usaha audit berkenaan kutipan wang yang telah dikumpulkan oleh Aman Palestin dilaporkan setakat ini.

 

My Comments :

Habis Tabung Tin Milo pula siapa yang audit?


 The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.