`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 1, 2023

‘Orang tak siuman’ cabut batu nisan di kubur Labuan

 

Antara batu nisan yang dicabut di Tanah Perkuburan Islam Jagus di Saguking. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sembilan batu nisan dicabut di Tanah Perkuburan Islam Jagus di Saguking, dekat Labuan.

Ahli Jawatankuasa Masjid Nur, Munir Kamari, yang menjaga tanah perkuburan itu kecewa dengan perbuatan vandalisme tersebut dan percaya ia dilakukan secara sengaja.

“Pelaku itu mungkin tidak siuman sehingga sanggup melakukan sedemikian. Jika mereka waras, saya tak rasa mereka sanggup melakukan perbuatan keji itu,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata penduduk setempat sedih dan marah dengan perbuatan itu yang bukan saja tidak mempedulikan kesucian tanah perkuburan, tetapi juga tidak menghormati dan menyakiti hati orang lain.

Ketua Polis Labuan, Mohd Hamizi Halim mengesahkan anggotanya sudah memeriksa kawasan kejadian dan mengumpul maklumat.

“Kami menggesa mana-mana anggota komuniti membuat laporan polis supaya penyiasatan menyeluruh boleh dimulakan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.