`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 16, 2023

Mais jangka kutipan wang ‘tak halal’ RM2.5 juta

 

Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata hasil penerimaan wang itu digunakan untuk maslahah umum seperti pendidikan, perubatan, dan pembinaan infrastruktur. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kutipan wang tidak patuh syariah tahun ini dijangka mencapai RM2.5 juta melibatkan jualan barang curi, rasuah, rompakan, judi, dan perlindungan insurans konvensional, kata Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pengerusinya Abdul Aziz Mohd Yusof berkata wang seperti itu perlu disalur kepada Baitulmal untuk dilupus mengikut syariat.

Katanya, kutipan semakin meningkat itu menandakan semakin ramai mempunyai kesedaran mencari rezeki halal mengambil kira kutipan tahun lalu RM1.8 juga, meningkat RM1.5 juta berbanding 2021.

“Mais berharap agar masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memastikan setiap aktiviti atau perniagaan yang diceburi adalah bertepatan dengan hukum syarak.

“Wang sedemikian diperoleh daripada sumber yang haram seperti transaksi riba, hasil jualan barang curi, duit rasuah, hasil rompakan, duit loteri dan perlindungan insurans konvensional. Saya sedar wang sebegini masih banyak, salurkan kepada Baitulmal untuk dilupus mengikut syariat,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, sejak Januari lalu sebanyak RM1.67 juta kutipan wang tersebut diperoleh melalui Baitulmal Mais melibatkan kira-kira 1,000 orang.

“Sehubungan dengan itu, Mais hari ini melancarkan sebuah kempen yang dinamakan ‘Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal Mais’ bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengurus harta secara bijaksana sebagaimana yang dituntut oleh hukum syarak,” katanya.

Katanya, hasil penerimaan wang itu boleh digunakan untuk maslahah umum seperti bantuan pendidikan, perubatan, dan pembinaan infrastruktur. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.