`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 16, 2024

Akta Poca: KDN akan adakan libat urus

KDN perlu buat penerangan yang tepat kepada Ahli Parlimen sebelum melakukan pindaan, kata Menteri Saifuddin Nasution. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan sesi libat urus dengan semua Ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan menerangkan mengenai keperluan polis menggunakan semula akta itu untuk mengawal jenayah kepada Ahli Parlimen dan pihak yang berkaitan.

“KDN dan polis bersedia mengadakan sesi libat urus untuk menunjukkan bagaimana keterbukaan yang KDN buat melibatkan pelbagai pihak termasuk dalam perkara-perkara menambah baik Poca.

“Kita akan melibatkan lebih ramai Ahli Parlimen kerana akhir sekali kita perlu membuat penerangan yang tepat kepada mereka sebelum kita melakukan pindaan,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di Cheras.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 4 dan 15B Poca ditafsirkan sebagai bercanggah dengan Perkara 121 dan 4(1) Perlembagaan kerana merampas kuasa semakan kehakiman mahkamah.

Baru-baru ini, satu sesi libat urus telah diadakan yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, Menteri Digital Gobind Singh Deo, dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.