`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 8, 2024

Dasar Islam dibawa PAS jamin keadilan semua kaum, kata Hadi

 

Hadi Awang berkata, PAS membuktikan ia memberi kebebasan beragama dan bermasyarakat kepada penganut agama lain di empat negeri dikuasai mereka.

PETALING JAYA: Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS memberi jaminan keadilan, keamanan dan kesejahteraan hidup buat semua kaum serta agama di negara ini, kata Presidennya, Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS membuktikannya di empat negeri dikuasai mereka, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dengan memberi kebebasan beragama dan bermasyarakat kepada penganut agama lain.

“PAS berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama, walaupun Islam berkuasa sepenuhnya,” katanya menerusi ucapan Tahun Baharu Cina dalam empat bahasa.

“Kebebasan beragama kepada penganut agama lain tidak dihalang, rumah ibadat tidak dirobohkan dan kegiatan ekonomi tidak disekat, sehingga orang bukan Islam hidup aman dan sejahtera di bawah pentadbiran PAS.”

Hadi berkata, masyarakat majmuk perlu mengenali budaya satu sama lain dan saling hormat-menghormati.

“Saya sendiri belajar tentang budaya dan amalan kaum lain di Malaysia. Harapan saya sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini agar perpaduan kaum di Malaysia terus dieratkan dan diperkukuhkan.

“Semua kita mahukan Malaysia yang sejahtera, di mana masyarakat hidup harmoni, aman dan saksama. Kepelbagaian kaum dan bangsa diraikan sebagai tanda kebesaran Allah dan merupakan fitrah kejadian manusia.”

PAS sebelum ini turut menyampaikan ucapan Krismas dan Thaipusam kepada penganut Kristian serta Hindu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.