`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 21, 2024

Dipenjara setahun bantu sembunyi hampir RM4 juta

 

Mahkamah memerintahkan Muhammad Hafiz Abdul Halim menjalani hukuman penjara setahun bagi tiga pertuduhan, yang berjalan serentak. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang hampir RM4 juta milik sebuah syarikat beroperasi di Amerika Selatan berkaitan dengan urusan pembelian alat ganti mesin penaja elektrik, enam tahun lepas.

Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hafiz Abdul Halim, 36, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan dihadapinya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara setahun bagi setiap petuduhan namun hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tertuduh didakwa di mahkamah pada 19 Dis tahun lalu.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Hafiz didakwa menolong menyembunyikan wang berjumlah RM3.92 milik Energy Think Tank dari Ecuador yang mana mengetahui wang tersebut bukan miliknya, di Bank CIMB, Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail, pada 6, 8 dan 12 Mac 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 2018, Energy Think Tank berurusan dengan Mitsubishi Corporation of Japan melalui e-mel bagi pembelian alat ganti mesin penjana elektrik sebelum menerima invois dari Yurina Kobayashi menuntut bayaran USD1.02 juta ke dalam akaun bank CIMB milik syarikat Mitsubi World Industry dengan membuat tiga transaksi pindahan wang.

Energy Think Tank yang mengalami kerugian RM3.92 juta itu berasa ditipu setelah syarikat Mitsubishi Corporation of Japan menafikan invois yang diterima itu dan tiada pekerja bernama Yurina Kobayashi.

Siasatan mendapati akaun itu dibuka di CIMB Bank, Wisma Genting, atas nama pemilik tunggal, Mitsubi World Industry, yang mana tertuduh pemilik perniagaan itu, selepas seorang wanita meminta tertuduh mendaftar Mitsubi World Industry dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara dalam talian.

Tertuduh menyerahkan kad bank, nombor pin serta buku cek kepada wanita terbabit dan tertuduh diminta mengeluarkan wang sebanyak tiga kali secara tunai di bank tersebut untuk diserahkan kepada seorang lelaki Nigeria sebelum tertuduh menutup akaun bank itu.

Terdahulu, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Maidzatul Akmal Daud, mewakili Muhammad Hafiz memohon hukuman ringan kerana anak guamnya telah insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan itu.

“Tertuduh perlu menyara isterinya yang juga suri rumah serta seorang anak kurang upaya. Tertuduh memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama dan akan lebih hati-hati supaya tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak lain,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahijman memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kes ini melibatkan tiga pertuduhan serta nilai kerugian mencecah RM4 juta selain memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam agar tidak terbabit atau menyerahkan akaun kepada pihak ketiga. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.