`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 13, 2024

Fokus maju LTAT, usah perbesar isu letak jawatan pengerusi, kata veteran

 

Minggu lalu LTAT mengumumkan ‘persaraan’ Raja Afandi Raja Noor susulan pengunduran Ketua Eksekutifnya Ahmad Nazim Abd Rahman berkuat kuasa 1 Feb. (Gambar LTAT)

PETALING JAYA: Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) berharap usaha terus diberikan untuk memajukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berbanding memperbesarkan isu peletakan jawatan Raja Affandi Raja Noor. sebagai pengerusinya.

Presiden Shahruddin Omar berkata, hasrat bekas panglima tentera itu meletak jawatan tidak seharusnya didebatkan lagi, mengulas kekeliruan berbangkit susulan kenyataan LTAT yang mengumumkan persaraan Raja Affandi.

“Jangan timbulkan isu. Saya rasa siapa-siapa yang dipertanggungjawabkan dalam kepimpinan baru LTAT untuk fokuskan bagaimana LTAT harus lebih maju ke depan,” katanya kepada FMT.

Shahruddin Omar.

Shahruddin berkata, mereka menyerahkan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menentukan dan melantik kepimpinan baru dalam LTAT.

Beliau berkata, veteran ATM berharap LTAT akan terus menjadi telus dan ditingkatkan lagi kewibawaannya.

“Kalau nak ambil kira isu-isu kecil, ia mungkin jadi satu kekangan dan kepayahan kepada Kementerian Pertahanan untuk susun semula LTAT,” katanya.

Isu “persaraan” Raja Affandi menjadi polemik apabila beliau menafikan perkara itu sebaliknya menegaskan meletak jawatan pengerusi LTAT.

Hari ini, Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata beliau hanya merujuk kenyataan LTAT yang mengumumkan “persaraan” Raja Affandi dan menjelaskan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sebenarnya meletak jawatan.

Minggu lalu, LTAT mengumumkan “persaraan” Raja Afandi susulan pengunduran Ketua Eksekutifnya Ahmad Nazim Abd Rahman berkuat kuasa 1 Feb. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.