`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 2, 2024

Lengan tertusuk panah ketika tangkap ikan

 

Seorang lelaki cedera selepas lengan kanannya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan, malam tadi. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera selepas lengan kanannya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan, dalam kejadian di Kota Belud, Sabah, malam tadi.

Mangsa berusia 25 tahun yang cedera dihantar ke Hospital Kota Belud untuk menerima rawatan.

Pihak hospital bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas sukar untuk mengeluarkan anak panah berkenaan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan dari Kecemasan Hospital Kota Belud pada 11.59 malam.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Seorang lelaki tertusuk panah di lengan kanan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan dan telah berada di hospital.

“Pasukan bomba bertindak memotong besi panah dan seterusnya diserahkan kepada hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, lapor Berita Harian.

Menurutnya, keadaan mangsa stabil dan operasi tamat pada 12.33 tengah malam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.