`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 8, 2024

Mayat kedua tragedi kepala air ditemui

 

Pihak berkuasa giat mencari enam sekeluarga dan seorang pengasuh yang terbabit dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh.

TAPAH: Salah seorang daripada tiga beradik yang terbabit tragedi kepala air Sungai Kenjur, berdekatan Kampung Poh, Bidor, ditemukan meninggal dunia.

Jasad mangsa, Hafiy Muhayat Azam, 4, ditemukan kira-kira 9.50 malam tadi, oleh seorang penduduk yang membantu usaha pencarian mangsa perkelahan itu.

“Pasukan menyelamat atas bantuan orang ramai dan penduduk berjaya menemui lagi mangsa iaitu satu kanak-kanak lelaki yang telah meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Ketua Polis Tapah, Mohd Naim Asnawi, kepada pemberita malam tadi.

Polis memaklumkan mayat kanak-kanak itu ditemui di tepi sungai, kira-kira 600m dari lokasi kejadian.

Terdahulu, pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam sekeluarga dan seorang pengasuh yang terbabit tragedi itu.

Setakat ini tiga mangsa ditemukan selamat iaitu Aslinda Bani, 38, yang merupakan ibu saudara Hafiy, dan anaknya, Muhammad Adam Muhkris Rozi, 11, serta pengasuh.

Jasad ibu Hafiy, Aszura Bani, 37 ditemukan petang tadi.

Jasad Hafiy ditemukan selepas polis mengumumkan operasi SAR ditangguh pada 7.30 malam tadi atas faktor keselamatan, dan akan disambung pagi esok.

Usaha mencari tiga beradik itu giat dijalankan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan penduduk, yang sehingga kini dalam radius pencarian 3km.

Dengan penemuan jasad Hafiy, pihak berkuasa kini meneruskan pencarian Hanna Mikayla Azam, 7, dan Hanum Marissa, 2. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.