`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 20, 2024

MyCC siasat jika ada bukti wujud kartel dalam industri padi, beras

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata bidang kuasa kawal selia berkaitan industri padi dan beras terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan menjalankan siasatan sekiranya terbukti wujud aktiviti kartel dalam industri padi dan beras negara.

Menterinya Armizan Mohd Ali berkata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.

“Sejak berkuat kuasa Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, bidang kuasa kawal selia berkaitan industri padi dan beras terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Namun, jika ada isu yang disebut mengenai kartel beras ini, KPDN khususnya MyCC, kita terbuka sekiranya KPKM atau pihak tertentu ada maklumat, boleh salurkannya kepada MyCC,” katanya pada media selepas menghadiri Sesi Dialog Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bahawa cadangan pelaksanaan beras putih Malaysia Madani, mampu mengekang industri beras negara daripada kawalan pihak kartel.

Semalam, Anwar berkata cadangan untuk melaksanakan beras putih Malaysia Madani akan diteliti dan dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Jumaat ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.