`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 3, 2024

ORANG MELAYU MESTI BACA - Bekas Pengarah SPRM : "Kita dah menganut sistem keadilan jahiliah"


  • keputusan menunjukkan sistem keadilan ‘sudah nazak’
  • perbezaan layanan antara kaya dan rakyat kebanyakan
  • Kita dah menganut sistem keadilan jahiliah 
  • si miskin dihukum mengikut undang-undang 
  • si kaya ada sistem lain yang lebih selesa 
  • tak perlu ikut hukum 100 peratus

 



https://www.malaysiakini.com/news/695145

  • Sistem keadilan kita sudah nazak, kata bekas pengarah SPRM
  • Diterbitkan: Feb 2, 2024
  • Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Bahri Mohammad Zin 
  • keputusan lembaga menunjukkan sistem keadilan ‘sudah nazak’
  • perbezaan layanan antara golongan kaya dengan rakyat kebanyakan
  • Kita dah menganut sistem keadilan jahiliah 
  • si miskin dihukum mengikut undang-undang 
  • si kaya ada sistem lain yang lebih selesa 
  • tak perlu ikut hukum 100 peratus.

  • apa persepsi rakyat ke atas sistem keadilan kita sekarang.
  • berada dalam keadaan nazak  
  • kes sedang dibicara dan dipanggil membela diri pun telah di-DNAA 
  • Kini kes terbesar abad ini, boleh diputuskan sedemikian rupa
  • belum selesai menjalani hukuman 
  • serta menunggu lagi empat kes perbicaraan jenayah 
  • katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

  • diberi pengurangan penjara 12 tahun kepada enam tahun 
  • Dengan separuh hukuman, dijangka dibebaskan 23 Ogos 2028
  • juga hanya denda RM50 juta, berbanding jumlah asal  RM210 juta.

  • Bahri memainkan peranan penting dalam siasatan kes
  • Pada 2015, siasatan SPRM diganggu  polis menyerbu pejabat mereka 
  • menangkap pegawai pasukan Bahri
  • timbalan pendakwa raya SPRM ditahan reman

  • Bahri dan pegawai kanan SPRM, Rohaizad Yaakob dipindahkan ke JPM
  • Bahri bersara awal pada 2017 ekoran kekecewaan berhubung kes itu  
  • kembali bertugas Mei 2018 selepas PH ambil alih pentadbiran persekutuan
  • 2022 Bahri dedahkan pasukannya hadapi tekanan ketika menyiasat kes
  • dengan fitnah, ugutan, tawaran habuan agar menghentikan siasatan

  • Apakah dia akan diampunkan lagi?
  • Bahri amat terkejut dengan keputusan lembaga pengampunan  
  • memandangkan  empat lagi pertuduhan jenayah di mahkamah
  • Adakah selepas ini tertuduh akan diampunkan lagi andainya dia didapati bersalah?

Selain kes ini, juga empat pendakwaan lagi di mahkamah 

  1. penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB 
  2. salah guna kuasa untuk meminda laporan audit 1MDB
  3. pecah amanah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC) 
  4. pengubahan wang haram dana S_C sebanyak RM27 juta

 

My Comments :

Pertama sekali syabas, tahniah dan setinggi-tinggi penghormatan kepada  Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Bahri Mohammad Zin yang berani bersuara dan tampil ke depan untuk menyatakan apa yang memang sudah dirasai oleh berpuluhan juta rakyat negara kita. Saya harap lebih ramai lagi pegawai dan orang yang mempunyai kedudukan di kalangan masyarakat Melayu akan juga tampil ke depan untuk memberi pandangan mereka secara jujur dan straightforward.

Sejak keputusan pengurangan hukuman dan denda itu diumumkan semalam saya belum lagi membaca atau mendengar siapa pun yang setuju atau menyokong keputusan itu.

Tuan-Tuan ingat tak se-ekor lebai haprak kata bahawa dalam negara kita orang yang terlibat rasuah ini semuanya bukan Islam. Di sini bukan saja yang terlibat rasuah itu Melayu tetapi yang melepaskan tuduhan dengan DNAA, mengurangkan hukuman dan denda adalah Melayu juga. Tak ada pun 'bukan Islam' terlibat.

Yang terlibat majoriti besarnya Melayu. Melayu yang mengecewakan bukan saja Melayu tetapi semua penduduk negara. 

Harapkan pegar, pegar makan padi. Pegar itu sejenis burung.
Kalau dibuat filem hantu (horror filem) mungkin pagar pun boleh makan orang.
Ikut style klasik Alfred Hitchcock horror films.
Harapkan pagar, pagar makan orang

Apa yang saya faham daripada keadaan nazak dan jahiliyah ini? Saya melihat orang Melayu biasa, orang bawahan ditipu bulat-bulat oleh orang Melayu juga. Melayu atasan yang kaya, yang berkuasa, yang mempunyai kedudukan menggunakan pengaruh mereka untuk menipu orang Melayu bawahan.

Sebab yang terlibat dalam kes ini, dan hampir semua kes-kes lain adalah wang rakyat. Harta rakyat. Duit kita. Kes yang terlepas DNAA itu, selepas dipanggil membela diri, melibatkan dana anak yatim pula !! Duit anak yatim pun mereka sakau. Dan telah terlepas.

Dan saya tidak akan lupa seorang Peguam Negara pada waktu itu yang mengadakan Press Conference khas untuk mengumumkan bahawa dia akan menghentikan kes terhadap si penjenayah yang sama juga. Dia kata tidak ada kes.  I could not believe my ears.

Apa yang saya lihat adalah dalam hampir semua aspek kehidupan harian dalam negara kita ini orang Melayu atasan sudah dan sedang mengambil kesempatan dan mengeksploitasi orang Melayu bawahan.

Kes jenayah yang melibatkan orang kaya dan ternama ini adalah contoh yang besar. Tetapi bukan saja kes ini. Tuan-Tuan ingat tak banduan yang duduk dalam penjara dan dilepaskan secara kilat (bila parti dia menang) setelah  diampunkan kesalahannya oleh Tuan Yang Tertinggi ketika itu. Politik punya pasal.

Tetapi bagi saya kecurian harta dan duit rakyat yang jauh lebih besar oleh orang atasan berlaku pada setiap hari dalam ekonomi negara kita.  Common denominator-nya adalah duit dan harta rakyat.

Politik ke, ekonomi ke, agama ke, pentadbiran kerajaan ke hanya menjadi kaedah atau alat atau saluran untuk tujuan sakau duit. Dan duitnya adalah duit rakyat. Duit kita. Orang atasan, orang politik, orang berpengaruh, pegawai tinggi, orang agama, ahli perniagaan (konon) semuanya boleh bersekongkol untuk sakau duit rakyat.

Tak kisahlah samada secara rasuah, secara ketirisan, secara mencuri, salahguna kuasa, secara monopoli dan oligopoli, sapu projek besar-besaran, menerusi kutip derma untuk tabung, secara peruntukan dsbnya tetapi bottomline-nya melibatkan duit rakyat. Dalam bahasa Inggeris taxpayers funds dan public funds. 

Dalam kes yang di atas ini ianya adalah jenayah yang straight forward. Kawan itu mencuri. Dia kena tangkap, didakwa dan dipenjarakan. Tetapi sekarang, politik punya pasal dia boleh dapat pengurangan pula (diskaun) hukuman dan denda.

Tetapi ada lagi kes-kes lain yang tidak begitu straight forward yang kita tidak nampak kesalahannya  tetapi  sebenarnya juga adalah kes curi. Contohnya ada orang bertugas sebagai pegawai kanan taikun perniagaan yang boleh mengumpul harta (gaji, elaun, bonus, saham dsbnya) hampiri RM100 Juta dalam tempoh 10 hingga 15 tahun saja. Ini pegawai saja. Bukan taikun perniagaan itu. Soalannya apakah kelebihan produktiviti pegawai itu yang membolehkan dia dibayar duit gaji RM100 juta dalam tempoh yang singkat juga, hanya daripada menjadi pekerja atau petugas? Dia bukan tuanpunya bisnes pun.

Jawapannya terletak kepada taikun itu yang cari hidup dengan sakau pelbagai kontrak, projek, monopoli dan perniagaan dalam negara kita. That is the only way taikun itu boleh bagi duit dan harta RM100 juta kepada seorang pegawai dia saja !! 

Soalannya duit itu datang dari mana Tuan-Tuan? Duit itu datang dari kita - rakyat marhaen. Samada duit kita sebagai taxpayers funds, duit public funds yang lain atau duit kita yang mereka telan menerusi monopoli, oligopoli, lesen dan konsesi.

Kartel daging itu beroperasi lagi. Satu kilo daging lembu lebih RM40.

Kartel impot tepung dan gula ada lagi. 

Setiap tahun Tuan-Tuan akan terpaksa membeli insurans kereta. Insurans adalah oligopoli. Bila mereka kira bayaran insurans mereka letak nilai yang tinggi atas  kereta kita (untuk sakau duit premium). Tetapi bila kita nak jual kereta itu, harga pasarannya jauh lebih murah. Sahabat saya mengadu nilai insurans BMW-nya dikira RM240,000. Tetapi bila dijual kereta itu harganya hanya RM190,000. Dia kena tipu insurans premium berlebihan  RM50,000 !!

Baru ini kami nak bayar 'fire insurance' untuk kedai kami - mengikut syarat pinjaman bank (oligopoli). Bank pula suruh kami beli fire insurance daripada anak syarikat mereka. Kami bayar kurang lebih RM1,500 setahun. Yang latest pula bank itu suruh kami beli fire insurance daripada syarikat insurans lain pula (masih dalam kandang oligopoli depa kut) tetapi premiumnya sudah naik jadi lebih RM2,000 !! Kami tidak ada pilihan.

Jadi semua ini adalah sakau juga. Cuma kaedahnya berbeza. Only the method is different. Samada secara rasuah, secara ketirisan, secara mencuri, salahguna kuasa, secara monopoli dan oligopoli, sapu projek besar-besaran, menerusi kutip derma untuk tabung dsbnya tetapi bottomline-nya sakau duit rakyat secara tidak adil atau secara jenayah. Tujuan al-wahidnya - untuk sakau duit rakyat. Untuk mengambil harta orang secara paksa, secara tidak adil atau secara mencuri. 

Dan kita rakyat biasa tidak mempunyai pilihan. We have no choice. Bank dan syarikat insurans semuanya adalah oligopoli yang dikawal kerajaan. Kerajaan pula dikawal oleh orang atasan juga - orang politik yang pegang kuasa dan pengaruh.

Dalam sistem ini orang atasan membuli dan menghisap darah orang bawahan secara paksa. Orang bawahan tidak ada pilihan yang banyak. Dan hampir kesemua orang atasan ini adalah orang Melayu.

Tuan-Tuan of course orang bukan Melayu pun lagi kaya raya. Tetapi lazimnya mereka tidak sakau duit rakyat secara paksa, secara tidak adil atau secara mencuri. Saya baca autobiografi Tan Sri Lim Goh Tong pengasas Genting Highlands Casino. Dia sendiri yang potong bukit naik ke Genting Highlands itu.  Dia sendiri yang buat jalan naik bukit itu. Pada satu ketika dia sudah dekat nak bankrap, tak cukup duit bayar gaji, tak cukup duit bayar minyak, tak ada duit nak bayar tractor dsbnya. Jadi dia desperate tersungkur atas bukit itu dan dia bernazar minta bantuan tokong dan dewa Cina dia. Lim Goh Tong bernazar akan membina sebuah tokong di atas bukit itu jika projek Genting Casino itu berjaya. Maka hari ini terjumpalah tokong Chin Swee Caves Temple yang sangat cantik itu di jalan naik Genting Highlands.


Tan Sri Lim Goh Tong tersungkur di selekoh ini.
 
Hari ini famili Tan Sri Lim adalah billionaire hasil usaha bapak mereka. Tetapi mereka tidak paksa siapa pun untuk masuk ke Casino Genting Highlands.
 
Tan Sri Lim Goh Tong juga telah membina theme park (taman hiburan) di atas Genting Highland yang menjadi tempat popular bagi pelawat Melayu dan Islam yang TIDAK DIBENARKAN MASUK CASINO. Sekali lagi tanpa paksa siapa pun. Siapa suka pergi ke Genting Highlands pergilah. Its up to you. Kalau tak suka boleh pergi ke Cameron Highlands. 

Begitu juga cerita Tan Sri Loh Boon Siew pengasas francais Honda di Malaysia. Boon Siew bermula dengan kedai repair basikal. Kemudian dia repair motor. Lepas itu dia mula jual motor 2nd hand. Dia terjumpa motorsikal Honda dan menjadi dealer dan kemudian dia berjaya mendapat francais Honda untuk Malaysia. Begitulah dia menjadi kaya - bukan dengan monopoli atau dengan memaksa orang membeli motor atau kereta Honda. Siapa tak suka motor Honda boleh beli Yamaha atau Kawasaki atau jenama Cina entah apa sekarang. Its up to you.
 
Jadi kebanyakan Cina yang successful ini bukan sakau duit orang.

Di Malaysia kini sudah ada DUA kasta di kalangan orang Melayu. Kasta orang atasan, orang kaya, orang berpengaruh, orang yang pegang kuasa yang sangat sedikit bilangan mereka. Mungkin beberapa ribu orang sahaja. Dan kasta atasan ini mempunyai pertalian rapat sesama mereka. 

Kasta yang kedua ialah orang biasa. Orang bawahan. Rakyat marhaen.   Bilangan mereka adalah berbelasan juta orang Melayu.  Dan tugas kasta bawahan ini adalah "hand over your money" kepada kasta atasan.

Sekarang pula kemasukan anak-anak ke sistem sekolah asrama pun makin di'pengaruhi' kasta atasan. Melayu kaya, Melayu politik, Melayu elit cuba menggunakan kabel untuk masukkan anak-anak mereka ke dalam sekolah asrama penuh. Sekolah asrama penuh adalah laluan utama untuk menyertai golongan elit. Persekolahan percuma, penuntut sekolah asrama yang lulus almost guaranteed masuk universiti tempatan atau universiti overseas - semuanya free. Kita yang bayar dengan duit rakyat kita. Bila habis belajar nanti mereka akan diberi jawatan dalam syarikat GLC atau mungkin menjadi pegawai kerajaan. Dan mereka pula akan menjadi kasta atasan yang baru. Seolah sistem kasta Melayu ini sudah menjadi complete circle. Semuanya dengan memakan duit rakyat, duit kita. Kita yang bayar.

Kalau mereka terlibat rasuah, mencuri, abuse of power dsbnya boleh lah dapat pengampunan, boleh dapat pengurangan hukum dsbnya. 

Tetapi semuanya dengan sakau duit rakyat. Melayu atasan ini hidup dengan makan duit rakyat, taxpayers funds atau public funds yang mereka memperolehinya dengan cara yang tidak adil, dengan cara paksa.

Tuan-Tuan wa akhirul kalam semua ini salah siapa ? Jawapannya mudah : Salah Tuan-Tuan. Orang Melayu yang telah tutup mata sebelah atau tutup kedua mata dan membiarkan keadaan masyarakat Melayu dan negara kita merosot.

Sebanyak mana saya hormati Tun Dr Mahathir dahulu saya tidak pernah setuju projek kereta nasional Proton oleh Dr Mahathir itu. Tetapi bila Dr Mahathir menggunakan slogan 'kereta nasional' maka paling ramai orang Melayu pun rasa bangga dengan pencapaian pemimpin Melayu. Apa yang berlaku sebenarnya ialah kereta nasional itu telah merugikan negara dan memiskinkan paling ramai orang Melayu dulu sebab Dr Mahathir telah menaikkan cukai impot atas semua kereta impot lain yang mengakibatkan harga kereta menjadi terlalu tinggi dalam negara kita. Termasuk harga kereta Proton pada masa itu. Harga kereta impot menjadi dua, tiga atau empat kali harga kereta di pasaran dunia. Maksudnya bayaran bulanan kita juga adalah dua atau tiga kali bayaran bulanan di negara lain.

Kita semua telah rugi berpuluh billion Ringgit sebab Dr Mahathir bermimpi wujudkan industri pembuatan kereta secara monopoli, secara cukai tinggi dan dengan menggunakan duit rakyat (taxpayers funds). Bukan secara Tan Sri Loh Boon Siew yang terpaksa mengotorkan tangan dia kena minyak hitam di kedai repair motornya dulu.

Dan sekarang ini sudah tidak ada beza jika orang Melayu  undi parti Melayu seperti Umno, Bersatu, Amanah, Pas atau PKR pun. Ataupun DAP. Tak kira parti mana yang pegang kuasa nasib orang Melayu bawahan tidak akan berubah. Sebab dalam parti Melayu yang mana pun, Melayu atasan sudah bertapak kukuh dalam sistem masyarakat Melayu abad ke-21 dan mereka sudah terlalu kenyang makan duit orang bawahan. The elite feed off the rakyat marhaen.

Dan kedudukan orang atasan dalam masyarakat Melayu ini adalah kukuh dan solid. Antara sebab utamanya ialah orang Melayu masih berotak feudal. Contohnya orang Melayu suka sembah. Sembah ini, sembah itu. Orang Melayu takut agama. Takut macam nak mampos. Dan mereka amat geruni lebai-lebai yang membalut kepala. It is part of the feudal mindset.

Mereka takut kepada "pemerintah", takut kepada 'autoriti' atau pihak berkuasa. Mereka takut membantah, takut mencabar, takut bertanya pun. 

Dan orang atasan pula sangat faham saikoloji takut dalam masyarakat Melayu ini. And just to keep the party going, mereka pun buatlah undang-undang yang eksploitasi saikoloji takut itu. 

Akta Hasutan yang sudah lapuk, akta komunikasi, undang-undang saman malu (British) daripada abad ke 19, enakmen-enakmen jenayah agama - semuanya bertujuan untuk control dan menekan otak dan minda Melayu. Kau jangan pandai-pandai nak bertanya sangat.   Bagi saya yang lucu sekali adalah keperluan "surat tauliah" untuk bercakap pasal agama.

Jadi minda dan otak orang Melayu sudah pun dikawal ketat oleh orang politik dan orang atasan daripada dulu lagi. Apa yang berlaku sekarang (rasuah, mencuri, sakau duit rakyat, salah guna kuasa oleh orang atasan) adalah natural outcome daripada minda orang Melayu disekat dan dikawal ketat oleh mereka itu. 

Apakah kesudahannya? Orang Melayu mesti buka mata dan bangkit. Orang Melayu perlu fahami keadaan sebenarnya. Kereta nasional dulu lebih merugikan dan memiskinkan orang Melayu. Dan berpuluh billion Ringgit duit rakyat hangus terbakar untuk bail-out syarikat kereta nasional itu beberapa kali. Duit kita. Akhir sekali kereta nasional itu dilelong kepada syarikat asing dengan harga besi buruk.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.