`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 14, 2024

ORANG MELAYU MESTI BACA : GAJI RM35K SEBULAN. KERJA TIGA HARI SEMINGGU. PERSAMAAN ANTARA DUIT BAPAK KITA DAN BUKAN DUIT BAPAK DEPA

 Pagi tadi saya terima images (gambar) berikut dalam WhatsApp daripada seorang ex-Minister yang sangat famous, thank you very much. Bukan Zaid Ibrahim I know more than one ex-Minister. First lets see the image :



Saya juga telah terima images ini daripada orang lain, maksudnya berita ini sudah pun viral.

Inilah Surat Perlantikan Penasihat atau Advisor yang famous itu. So Advisor yang dilantik ini ditawarkan gaji RM35,000 sebulan. Advisor perlu kerja TIGA HARI SEMINGGU sahaja antara Isnin dan Jumaat. (Jadi Advisor boleh pilih sendiri lah kalau dia nak kerja atau tidak pada hari yang mana. Orait. Best-nya.)

In case you are wondering semua orang yang terlibat sini boleh dikatakan daripada kaum elit Melayu-lah. 

Jadi tentu sekali duit gaji RM35,000 sebulan itu asal-usul atau kaitannya adalah taxpayers funds atau public funds. Duit bapak kita lah. Duit rakyat.

Sebelum ini saya pernah ceritakan bahawa beza antara businessman Cina (contohnya) dan kaum elit Melayu ialah businessman Cina yang kaya raya makan duit mereka sendiri. Bukan duit rakyat atau taxpayers funds atau public funds. Depa makan duit bapak dia sendiri. Saya akan bagi contoh sikit lagi.

Kaum elit Melayu pula makan duit rakyat atau public funds atau taxpayers funds. Ini adalah satu lagi contoh yang jelas.   Dia telan RM35,000 sebulan duit bapak kita semua.

Dan dia hanya perlu kerja TIGA HARI dalam seminggu. Fantastic.
Dan dia dapat pilih KETIGA hari yang dia mahu kerja. Fantastic.
Tapi dia dibayar gaji RM35,000 dengan duit bapak kita.  Not fantastic.

Untuk contohnya saya kenali seorang taikun Cina - Tan Sri Lee (saya tukar nama). Dia Boss syarikat gergasi - terlibat property, hotel, ladang, dsbnya. Pada satu hari dia buat keputusan handover syarikat dia kepada anak sulung dia. Gaji anak dia mungkin berjuta Ringgit (setahun).

Tapi syarikat itu adalah harta famili mereka. Duit itu memang duit bapak depa. Bukan duit bapak kita. Samada dia mahu lantik anak dia takeover syarikat atau bayar anak dia gaji berjuta-juta setahun itu hak dia. Kenapa hak dia? Sebab itu duit depa. Duit bapak dia. They can do whatever they want with their money. 

Dan syarikat Cina ini tahu "buat duit". Mereka generate cash daripada perniagaan mereka yang terbuka dan terdedah kepada segala jenis persaingan, market forces, world market, domestic market, ekonomi dunia, pasaran dunia dan segala jenis rintangan dan cabaran yang mereka perlu mengatasinya. 

Contohnya untuk mencari pembeli bagi projek kondominium mewah mereka terpaksa iklan dan buat marketing sampai ke Hong Kong, Shanghai, Taiwan dan Jepun. Semua ini perlukan belanja berjuta Ringgit dan risiko yang sangat tinggi. So if they get their formula right, mereka akan jadi kaya. Kalau formula tersilap, syarikat gergasi pun boleh bankrap.

Pendek kata Tuan-Tuan, what I am trying to say is that the Chinese generate their own wealth. Kekayaan mereka itu memang mereka yang membuat sendiri. Duit itu memang duit depa. Memang duit bapak dia.

Tapi kaum elit Melayu pula dia tak ada "duit bapak" dia. 
Yang dia sangat ketagih adalah duit bapak kita. Taxpayers funds atau public funds.

Daripada projek berbillion, lesen monopoli ini dan itu, sampai bayar gaji Advisor RM35,000 sebulan pun depa gian duit kita. Duit bapak kita.

Itulah persamaan antara duit bapak kita dan bukan duit bapak depa.   

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.