`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 16, 2024

Perhimpunan khas pinda perlembagaan Bersatu 2 Mac

 

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin meminta semua perwakilan hadir pada perhimpunan khas pada 2 Mac nanti demi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac untuk meminda perlembagaan parti susulan tindakan enam Ahli Parlimennya menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Anwar Ibrahim.

“InsyaAllah maka tamatlah riwayat enam jahanam, mudah-mudahan Bersatu kembali bangkit dan terus mara,” kata Ketua Penerangan Razali Idris dalam catatan di Facebook, yang disertai surat makluman mesyuarat itu.

Menurut surat bertarikh 13 Feb ditandatangani Setiausaha Agung Hamzah Zainudin, perhimpunan khas itu akan diadakan selama dua jam bermula 3 petang di Pusat Konvensyen Ideal IDCC Shah Alam.

“Bersesuaian dengan Fasal 12.5.1 Perlembagaan parti, maka Perhimpunan Agung Khas Bersatu akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti ketetapan berikut.

“Sehubungan dengan itu, diharapkan semua perwakilan dapat hadir demi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti,” menurut surat itu.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar terdiri daripada Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Pada 29 Jan, Hamzah berkata, Bersatu memutuskan meminda Perkara 10 dalam perlembagaan parti bagi menghalang insiden sama berulang, selain sedia berdepan PRK jika berlaku pengosongan kerusi wakil rakyatnya yang diambil tindakan kelak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.