`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 8, 2024

PRN Sabah: Tuntutan Upko sudah dijangka, kata penganalisis

 

PRN Sabah akan datang dijangka akan menguji kepimpinan Presiden Ewon Benedick.

PETALING JAYA: Penganalisis sudah menjangkakan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu akan menuntut lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada PRN Sabah akan datang.

Lee Kuok Tiong dari Universiti Malaysia sudah menjangka Ewon Benedick itu akan membuat permintaan itu, memandangkan PRN Sabah akan menguji kepimpinan beliau selepas diangkat ke jawatan presiden pada Januari 2023.

“Beliau sebagai ketua sudah pasti perlu menunjukkan kepada pengikut-pengikutnya wawasan serta halatuju parti. Lebih-lebih lagi PRN nanti merupakan ujian sulung beliau untuk merebut kerusi DUN,” katanya kepada FMT.

Lee berkata Ewon memikul tugas berat kerana beliau menggalas harapan ahli Upko memandangkan parti itu hanya memiliki satu kerusi di Dewan Undangan Negeri Sabah, menghadapi pilihan raya yang dijangka akan ditandingi banyak parti politik.

Upko memenangi kerusi Kadamaian pada PRN Sabah 2020, yang menyaksikan ia bersama rakan komponen Pakatan Harapan bekerjasama dengan Warisan, menghadapi Gabungan Rakyat Sabah yang dianggotai tujuh parti dan lapan parti politik lain.

“Beliau perlu memberi keyakinan kepada penyokong-penyokong terutamanya bagi ‘memadam’ keresahan yang timbul akibat keputusan PRN 2020.”

“Sudah pasti ia akan mengundang reaksi yang kurang menyenangkan daripada pesaing mereka yang turut menginginkan kerusi yang disebut apatah lagi penyandang kuota sedia ada,” katanya.

Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara Sabah berkata tinjauan di lapangan akan boleh memberi gambaran lebih jelas tentang peluang Upko dan parti-parti lain di kerusi-kerusi yang diingini.

Beliau berkata perkara yang harus ditinjau ialah prestasi parti-parti di kerusi berkenaan dan sokongan dalam kalangan pengundi.

“Tinjauan awal secara sistematik boleh dibuat untuk mendapatkan input daripada pengundi di kawasan masing-masing agar ia dapat membantu proses pembuatan keputusan pimpinan sesebuah pakatan politik,” katanya.

Ewon pada Sabtu lepas mengumumkan Upko berhasrat untuk bertanding beberapa lagi kerusi pada PRN akan datang, selain mahu mempertahankan DUN Kadamaian.

Upko bertanding di 12 kerusi pada PRN Sabah 2020. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.