`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 13, 2024

Siapa pilihan pada Hari Valentine?

 

Tiga hari sebelum pemilihan Indonesia ialah apa yang diisytihar “tempoh tenang”. Ertinya semua kempen dihentikan. Itu ringkasnya. Namun pada 11 Feb lalu melalui YouTube, dokumentari berjudul “Dirty Vote” disiar. Selama hampir dua jam “Dirty Vote” mendedahkan apa yang didakwa kekecurangan, pelanggaran etika, dan manipulasi pada pemilihan kali ini. Pengarah dokumentari ialah Dandhy Laksono yang pernah ditangkap polis kerana filem expose masa lalu. Buat doku ini, beliau membariskan tiga pakar perundangan yang mempersembahkan data serta laporan media untuk membuktikan hujah.

Mereka tidak menyerang mana-mana gandingan politik secara spesifik tetapi dokumentari ini is not flattering, to say the least, buat Presiden Jokowi dan pasukan Prabowo-Gibran yang beliau sokong. Kesimpulannya Jokowi dituduh menyalahguna instrumen kerajaan untuk membantu Prabowo yang memilih anak Jokowi sebagai timbalan atau calon wakil presidennya.

Semasa artikel ini ditulis tiada reaksi daripada Jokowi tetapi Prabowo dan Gibran nafi dan menyifatkan dokumentari itu fitnah. Dua puluh empat jam selepas ditayangkan, “Dirty Vote” mencatat empat juta penonton. The figures are still climbing. Tayangan big screen yang dijadual diadakan semalam di suatu tempat popular di Jakarta dilarang pihak berkuasa. “Izin udah dicabut,” kata orang lokal.

Ini kali ketiga Prabowo Subianto menyertai pemilihan presiden Indonesia . Dua percubaan terdahulu gagal — kedua dua kali ditewaskan Jokowi yakni pada 2014 dan 2019. Kali ini Probowo berdepan Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo.

Tetapi watak central pada pemilihan ini ialah Jokowi, meskipun tidak bertanding kerana menurut perlembangaan Indonesia tempoh khidmat presiden tidak boleh melebihi dua penggal.

Sejak menang pemilih kali pertama 10 tahun lalu, Jokowi memang popular dan disukai majoriti rakyat Indonesia. Kisah hidupnya sebagai orang berasal miskin, pembuat furniture, imej rendah diri, tiada hubungan dengan kelas elit semasa mula-mula bertanding mendekatkan beliau dengan rakyat. Ke mana Jokowi pergi beliau diberi sambutan rock star.

Dengan mengutarakan projek pembangunan sebagai agenda untuk visi Indonesia Emas 2045, Jokowi dilihat seorang presiden yang bekerja keras. Hasilnya projek besar yang mengkagumkan umpamanya kereta api laju. Projek paling ambitious ialah memindahkan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke kawasan luas di Kalimantan yang diberi nama ibu kota Nusantara. Kerja pembinaan sedang berjalan.

Namun pada penggal kedua presidency suara kritis mula kedengaran. Beliau dituduh tidak menunaikan janji pilihan raya, mencampuri atau mempengaruhi bidang kehakiman, mengamal nepotisme, dan mahu mewujudkan dinasti politik. Demonstrasi diadakan dan sejak kebelakangan lebih kerap.

Pada pandangan saya tuduhan ke atas Jokowi diangkat sebagai modal kempen ahli politik yang menentang Probwo- Gibran. Strategi mereka pada hemat saya , ialah memaparkan ‘kepincangan’ dan ‘kecurangan’ lalu menyeru rakyat memulihkan demokrasi dengan menghentikan ‘legasi Jokowi’. Caranya buat mereka ialah memastikan Prabowo ditewaskan. Oleh kerana beliau berpasangan dengan anak Jokowi, beliau dilihat akan meneruskan ‘legasi Jokowi’ jika menang jadi presiden. Ertinya dilihat pada sisi ini Gibran adalah liabiliti buat Probowo.

Tetapi satu lagi pandangan ialah Gibran anak muda. Oleh itu boleh menarik sokongan golongan muda yang merupakan 60% pengundi kali ini. Lantas mungkin anak muda akan mengenang Gibran, dan sekali gus Probowo, pada hari mengenang kekasih — Valentines Day apabila pemilu diadakan. Berdasarkan perkiraan ini Gibran adalah asset buat Prabowo. Apa lagi sebagai anak presiden tentu membawa kelebihan. Namun tidak dinafikan ramai juga golongan muda bersama pengundi kelas pertengahan dan ke atas menyokong Anies.

Apa pun menurut media Singapura, CNA, ‘legasi Jokowi’ ialah menggerakkan program pembangunan pesat. Lalu kata-kata kalangan pro-Probowo, sesiapa yang menang mesti meneruskan legasi itu. Saya memahami pendapat itu sebagai that is what the rakyat expect the winner to do. Probowi sejak awal mengumumkan akan melanjutkan agenda pembangunan Jokowi.

Isu yang boleh dianggap utama pemilu kali ini ialah soal ekonomi dan kos sara hidup. Untuk majoriti persoalan penting ialah bagaimana mahu menyara hidup bersama keluarga. Lain isu termasuk demokrasi yang dikatakan dicemari dan soal hak asasi manusia.

Indonesia ada kelompok garis keras atau “Islamic hardliner” yang agak besar tetapi bilangan rakyat yang menentang sentimen dibawa kelompok itu melebihi bilangan yang menyokong. Probowo pada 2019 membawa isu agama tetapi strategi itu gagal. Beliau sudah melupakan strategi itu pada pemilihan ini.

Seperkara menarik seperti yang disiar artikel saya semalam ialah Gibran meskipun ahli Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan atau PDI-P menenang calon partinya. Ayahnya tidak menyokong calon PDI-P.

Rakan-rakan media Indonesia memberitahu Jokowi ‘terasa hati’ apabila Ketua Umum PDI-P Megawati Soekarnoputri sering mengungkit bantuannya kepada Jokowi dahulu. Kata Megawati, jika beliau tidak tolong dulu Jokowi tidak akan berada di kedudukan sekarang. Percakapan itu diulang-ulang di depan khalayak khususnya orang parti pada majlis yang dihadiri Jokowi. Mungkin awalnya itu diterima Jokowi dengan senyuman tetapi lama-kelamaan toleran tidak diteruskan.

Menurut tinjauan beberapa badan kaji selidik, gandingan Probowo-Gibran sedang mendahului dan diramal menang. Namun jika menang tanpa memperolehi lebih 50% kutipan undi, pusingan kedua akan diadakan pada Jun atau Julai ini.

Ada lebih 204 juta pengundi berdaftar. Pengundian awal buat warga Indonesia di luar negara sudah dijalankan dua hari lalu. Di dalam negara pemilih akan berlangsung esok. Selamat nyoblos, Indonesia. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.