`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 14, 2024

Sumpah aku bukan kaki sibuk

 

Semalam aku terserempak dengan jiran di kedai runcit Muthu. Dia mengadu rumahnya dimasuki pencuri malam sebelumnya. Habis barang kena kebas. Kata dia masa si pencuri tengah mencuri dia nampak pencuri merangkak-rangkak dalam gelap. Time itu dia terbangun dari tidur nak pergi toilet. Dia takut nak tangkap pencuri sorang-sorang. Kalau nak ‘ngap’ rasanya boleh sebab pencuri macam kecik orangnya tapi dia takut.

Lalu dia menjerit minta tolong. Kuat juga menjerit, kata jiran ku itu tetapi tak ada respon jiran-jiran sebelah rumah. Tak ada siapa yang datang. Last-last pencuri sempat lari dan angkut barang yang dicuri.

Marah betul jiran aku kerana tak ada yang datang tolong walaupun dia jerit-jerit minta tolong. Orang semua tidur mati kut, kata dia. Mungkin dia perli aku. Aku diam je. Cuma angguk-angguk. Sebenarnya aku dengar pekikan dia minta tolong malam tu tapi aku buat derk. Tak nak masuk campur. Bahaya. Boleh dapat susah. Lagi pun aku memang bukan kaki menyibuk. Bukan busy body. Aku tak campur hal orang. Masalah dia bukan masalah aku.

Dulu pun masa di Petaling Street ada nyonya tua kena ragut. Dia meraung minta tolong. Aku buat tak tau je. Aku bukan menyibuk nak masuk campur hal orang. Buat apa?

Anak kawan aku pernah aku nampak hisap rokok kat bus stand. Dia perempuan budak Tingkatan 4. Lepak dengan kawan-kawan hisap rokok ketawa-ketawa. Ayah dia aku kenal lama. Orang baik tapi aku tak kasi tahu anak dia buat perangai. Sebab aku bukan penyibuk.

Aku memang pegang teguh dengan nasihat orang tua tua zaman dulu. Jangan jaga tepi kain orang, kata dia orang. Walaupun aku ikut nasihat tu aku bagi tau mereka kata-kata tu tak sesuai zaman ni. Orang pakai jeans sekarang. Kain jarang-jarang dipakai lelaki. Hanya bila ke masjid. Lainlah orang perempuan. Itu pun perempuan sekarang ramai pakai jeans. Selesa dan senang bergerak. Oleh itu elok diubah nasihat tadi. Instead of saying jangan jaga tepi kain, orang kata jangan jaga tepi jeans orang. Barulah relevant. Updated.

Sebagai pemegang teguh tak mahu campuri hal orang, masalah orang dan semua hal yang babitkan orang, aku kata sekali lagi aku bukan penyibuk, bukan kaki bikin sibuk, bukan busy body. Tak masuk campur hal yang terjadi depan mata apa lagi hal yang terjadi jauh daripada mata.

Banyak benda aku nampak yang aku buat tak tau. Yang aku cakap tadi cuma few example. Ada lagi sebenarnya. Anak ustaz yang ajar ngaji di surau dekat rumah aku pun selalu aku nampak campur dengan budak-budak tak senonoh. Aku tahu for sure anak ustaz ambil dadah dengan kawan-kawan dia. Confirmed. Mungkin dah jadi penagih. Masa aku nampak dulu dia baru start. Ustaz tak tahu perangai anaknya.

Sengaja aku tak kasi tau sebab tak nak masuk campur hal orang. Isteri aku kata kalau aku kasi tau ustaz awal-awal dulu mungkin budak tu dapat diselamatkan. Aku kata itu bukan masalah kita. Ustaz patut tahu perangai anak dia. Siapa suruh dia tak jaga anak elok-elok . Betullah dia busy ke sana sini buat syarahan dan kuliah. Dia pergi banyak surau dan masjid sampai tak perasan anak sendiri hisap dadah. Aku yang tahu tetap tak nak kasi tau sebab aku bukan kaki sibuk. I am not a busybody lah.

Di office pun ada office mate buat hal. Si Rozy ada affair dengan Jimmy. Dua-dua dah kahwin. Masing-masing ada anak. Si Radzi chief clerk kuat songlap. Duit petty cash dia sapu. Stationery pejabat banyak dia jual kat kedai luar dengan harga murah. Semua aku buat derk. Bukan masalah aku nak buat report. Aku tak amik pot. Aku bukan kaki sibuk.

Nik Azman kawan lama aku selalu bising kat aku. Konon nak nasihat. Dia suruh aku ubah tabiat. Dia memang busybody suruh aku jadi busybody pulak. Kata dia jadi tanggungjawab semua orang berbuat sesuatu apabila melihat ada perkara yang tak kena, tak betul, tak adil berlaku. Kenalah bertindak, kata Nik. Paling tidak buat aduan. Bawa ke pihak yang boleh lakukan sesuatu. Social responsibility, kata si Nik. Kata Nik dia sendiri kerap buat sesuatu apabila melihat something is not right walaupun tidak mendatang kesan terhadap dia. Dia kerap dituduh busybody. Kadang-kadang Nik kena warning orang yang tak senang dengan tindakan dia. Ada ancam nak belasah dia. Nik tak kisah demi untuk memperbetulkan keadaan yang tak betul, kata dia.

So Nik mahu aku buat seperti dia. Kalau nampak benda tak bagus yang boleh susahkan orang, yang aku kenal atau tak kenal, please do something, kata Nik. Jika dibiarkan masalah akan jadi besar. Lebih ramai akan kena kesan perkara yang tak bagus atau tak adil itu. Termasuk aku sendiri or my family, kata si Nik. Kalau aku report awal atau buat sesuatu cepat, kata Nik, pasti masalah yang ternampak tu boleh dibetulkan atau diatasi. Boleh dihalang daripada menjadi masalah besar. Kenalah jadi kaki sibuk sekali-sekali, kata Nik .

Aku takkan berubah. Aku tak akan masuk campur. Aku bukan penyibuk. Aku tak mau dituduh busybody. Jadi aku akan kekal begini. Bak kata Probowo ahli politik Indonesia — sorry yeh, sorry yeh. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.