`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 10, 2024

Tawaran ganjaran tak ganggu siasatan kes Zayn Rayyan, kata KPN

 

Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada tengah hari 5 Dis dan ditemui mati pada keesokan harinya berhampiran sungai kira-kira 200m dari rumahnya dengan kecederaan di lehernya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ganjaran RM20,000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kepada individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terlibat pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak mengganggu siasatan kes berkenaan.

Razarudin Husain.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata ganjaran itu adalah usaha badan bukan kerajaan terbabit, sekali gus memberi ihsan terhadap keluarga kanak-kanak itu.

Mengulas jika terdapat individu tertentu mengambil kesempatan atas ganjaran ditawarkan, Razarudin berkata polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara berkenaan setakat ini.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas meninjau aliran trafik dari udara susulan cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut esok.

Selasa lalu, Timbalan Pengerusi MCPF Selangor A Thaiveegan dilapor berkata ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha memastikan individu terlibat dalam kes terbabit dapat segera dibawa ke muka pengadilan.

Pada 5 Dis tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.