`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 2, 2024

Adun Sungai Bakap semakin stabil, perlu banyak berehat

 

Nor Zamri Latiff
Adun Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya dan ditidurkan selepas doktor mendapat kebenaran ahli keluarga. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Adun Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang ditidurkan akibat komplikasi di bahagian perut semakin stabil, kata Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

“Beliau ditidurkan untuk membolehkan (beliau) berehat dan kestabilan kesihatan, khususnya penyakit yang dihadapi, iaitu diabetes dan darah tinggi.

“Maklumat terkini yang saya terima, beliau stabil setelah beberapa prosedur dijalankan,” katanya menurut Sinar Harian.

Semalam, Iszuree dilaporkan berkata, Zamri ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya dan menurut isterinya, wakil rakyat itu dimasukkan ke hospital susulan sakit perut dan ditidurkan selepas doktor mendapat kebenaran ahli keluarga.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Pusat Khidmat Adun Sungai Bakap berkata, Zamri ditidurkan untuk membolehkannya berehat, bukannya kerana kekurangan oksigen.

“Beliau bukan ditidurkan kerana kurang oksigen, tetapi diberi ubat pelali bagi mengurangkan sakit dan membolehkan beliau berehat kerana keadaannya yang sedikit lemah.

“Alhamdulillah beliau semakin pulih, namun perlu banyak berehat. Sama-sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.