`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 11, 2024

Artikel ini aku tiru

 

Free Malaysia Today

“Cock a doo doodle doo,” laung si Gagah pagi itu. Sememangnya itulah kerjanya setiap pagi. Cuma kali ini ada sikit lain bunyinya. “Waa bro berkokok macam saudara kita di negara Mat Salleh je pagi ni,” kata Bulu Terbalik. Gagah buat dak. Dalam hati berkata “suka akulah nak kokok dalam bahasa apa pun.”

“Tapi bro,” kata Bulu Terbalik “kokok hari ini tidak ada ummph. Tak bersemangat macam selalu”. Kali ini Gagah respons “aku tak ada mood. Baru nak happy dengar cerita banyak kedai jual daging kita nak tutup datang pula berita lain bikin aku bengang.”

Dia terus sambung tanpa sesiapa meminta. “Bila dengar ratusan kedai jual daging kita goreng dah tutup aku happy sebab ramailah kawan-kawan kita yang akan selamat. Tup tup dapat berita ada kedai baru muncul. Jual benda yang sama. Hidangan sama. Maknanya kawan-kawan kita ramai kena sembelihlah. All over again. Wal hasil balik asal.”

“Ya betul. Saudara ana ramai dah kena goreng,” sahut si Mendy. “Elok ente semua berhati-hati,” nasihatnya kepada semua yang hadir di reban pagi itu. “Nak hati-hati macam mana Mendy. Kalau dah shortlisted sure kena juga,” kata Bulu Terbalik. Jelas tidak optimis langsung.

“Fact is manusia suka kita. Kalau tak ada kedai baru ini pun kita kena sembelih juga. Macam-macam kedai ada. Semua jual daging kita. Macam-macam cara kita dihidangkan,” kata Bulu Terbalik lagi.

“Benar,” sambut Oyen. Dia ini nama asalnya Oren, ikut warna bulu dia. Tapi kawan-kawan panggil dia Oyen. “Manusia memang suka kita. Kata tak macam kawan kita si babi dan si lembu. Daging dia orang ada manusia tak makan. Daging kita semua manusia makan. Kecuali vegetarianlah,” kata Oyen bagai menyampaikan ceramah.

Gagah yang sejak tadi diam masuk campur. “Bangsa kita pula ada macam- macam. Banyaklah choice si manusia nak baham. Kau orang lupa ke lagu Jalil Hamid dulu. Manusia suka lagu itu. Maklumlah dinyanyi spesies mereka. Kira lagu popular dulu,” Gagah terus nyanyi:

“Ayam bermacam ayam, ada ayam kampung, ayam hutan, ayam Siam, ayam Turki, ayam Belanda. Macam-macam perihal ayam….”

“Stop stop,” jerit si Oyen. “Kau nyanyi macam katak panggil hujan. Ni pun awan dah mendung. Stop sebelum hujan lebat turun,” katanya lagi disambut klak…kluk…klak…kluk semua ayam . Mungkin tanda setuju, mungkin bagi mereka teguran Oyen melucukan.

Berkata lagi si Bulu Terbalik: “Memang manusia suka kita. Tapi kita dia orang kaitkan dengan benda negatif. Kalau penakut kata cousin aku kat UK mereka kata you’re chicken. Di negara kita benda yang tak ada standard mereka kata cap ayam. Kerja cap ayamlah, motor cap ayam. Bila ada spesies mereka jual perempuan mereka jadi pekerja seks orang tu dilabel bapa ayam, ibu ayam. Ada ke patut parents kita diseret dalam hal begini.”

Mendy menyampuk: “Ya. Bukan tu je. Mereka sembelih kita tapi bila tak cukup bekalan mereka bising. Nasib mereka belasah menteri mereka sendiri. Telur kita tak cukup dalam pasaran menteri dia kena belasah juga. Baguslah tapi problemnya si menteri pula lancar operasi cekup kita di merata tempat untuk redakan kemarahan ke atasnya.”

Namun, kata Mendy lagi: “Walaupun saudara ana ramai kena sembelih ana tetap bangga. Mereka diletakkan dalam menu kedai baru itu bawah kategori special. Harga pun special. Ana rela jadi hidangan manusia yang datang makan di kedai baru itu. Mereka pun jenis tonjol imej special macam owner kedai.” Mendy bahasakan dirinya ana dan ente bila rujuk kepada kawan-kawan. Dia tak guna istilah aku dan engkau. Tak tahu kenapa. Mungkin dia pun anggap dirinya special. Entahlah.

Si Bulu Terbalik seperti lazim ada lagi nak cakap. “The one thing good ada kedai baru ni manusia sudah kelahi antara mereka. Mereka tuduh-menuduh. Ada jenis C lah ada jenis M. Mungkin nanti ada jenis T dan macam-macam jenis lagi. Bestnya mereka kelahi hanya kerana kita. Pasal ayam pun mereka tak boleh bersatu.” Sekali lagi kluk…klak…kluk…klak. Lagi kuat kali ini sampai sang ayam semua mengepak-gepak.

“Yes,” jerit Gagah. Mood dia dah baik sikit. “Harap mereka juga salah makan.” Sekali lagi Gagah nyanyi lagu Jalil Hamid:

“Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam. Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam….”

“In the meantime buat masa ini,” kata Gagah “kita relax sit back and enjoy tengok gelagat manusia, kelahi, bercakaran. Pass on the popcorn.” Klak… kluk…klak…kluk…

Nota kaki: Tajuk artikel dirujuk. Ye kisah dongeng ini atau lebih tepat konsepnya saya tiru novel satira Animal Farm karya George Orwell. Dalam bahasa lembut artikel ini saya tulis berpandu karya Wells. Atau diadaptasi daripada Animal Farm. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.