`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 10, 2024

HOW TO LOSE ELECTIONS 101 - "antara mereka meninggal dunia ketika menunggu giliran rawatan"

 


https://permadumalaysia.blogspot.com/2024/05/bukan-warganegara-boleh-rakyat-malaysia.html?m=1

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada pandangan Naib Canselor UiTM yang semalam mengesahkan komitmen institusi itu untuk mempertahankan Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera ke institusi berkenaan.

Bagaimanapun, UiTM akan menerima apa sahaja keputusan kerajaan yang mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.

pada masa ini terdapat pesakit yang terpaksa menunggu antara enam bulan hingga setahun untuk menjalani pembedahan.

Malah katanya ada antara mereka meninggal dunia ketika menunggu giliran rawatan masing-masing.

“Setakat ini, kami tidak fikir kita akan dapat memenuhi sasaran memiliki 28,000 pakar perubatan menjelang 2030.

 

My Comments :

Paling ramai yang meninggal dunia itu adalah orang Melayu juga. Dulu seorang kenalan saya (Melayu) jatuh sakit. Dia berjumpa doktor di hospital Kerajaan dan dirujuk berjumpa doktor pakar pula. Yang mengambil masa beberapa bulan sebelum boleh jumpa doktor pakar. Bila jumpa doktor pakar, sahabat saya disuruh menjalani beberapa ujian untuk mengesan kanser. Malangnya hasil ujian itu dan lawatan susulan berjumpa doktor pakar hanya berlaku selepas tiga bulan lagi. Dalam banyak-banyak bulan dia terpaksa menunggu itu penyakit kansernya telah jangkiti seluruh badannya dan beberapa bulan kemudian sahabat saya itu meninggal dunia. Innalillah. Kalaulah hospital kita mempunyai lebih ramai doktor pakar dan sahabat saya diberi rawatan yang lebih awal barangkali dia ada peluang yang lebih baik untuk melawan kanser itu. 

Naib Canselor UiTM pula tidak mahu membenarkan doktor warganegara Malaysia bukan Melayu sertai program latihan doktor pakar bedah jantung. 

Ikut blog Permadu di atas "UiTM boleh membuka pintunya kepada pelajar antarabangsa"
tetapi bagi warganegara Malaysia (bukan Melayu) sendiri tak boleh. 

Ini menjadi kes 'kera di hutan di susukan tetapi doktor warganegara sendiri dipinggirkan'.

Kenapa racist sangat macam ini? 

Tetapi jumlah kutipan cukai yang paling banyak sekali dalam negara kita adalah daripada orang bukan bumiputera juga.

Pada Kongres Ekonomi Bumiputra yang terkini wakil Bursa Saham menjelaskan bahawa  dalam tempoh tiga tahun yang sudah, 96 daripada 97 syarikat yang tersenarai di Bursa Saham (newly public listed) adalah bukan bumiputera. Hampir 99% adalah syarikat bukan bumiputera. Secara lojik, ini juga bermaksud hampir 99% hasil cukai yang bakal dikutip oleh kerajaan daripada 97 syarikat baru itu adalah sumbangan bukan bumiputera.

Kutipan cukai ini juga yang membayar gaji Penjawat Awam termasuk Naib Canselor UiTM dan juga membiayai pembinaan universiti seperti UiTM. Takkan profesor dan naib canselor tak faham perkara simple macam ini?

  • Lepas itu bukan bumiputera tidak dibenarkan sertai latihan doktor pakar jantung pula. 
  • Lepas itu rakyat negara kita pula, ramai sekali orang Melayu, yang meninggal dunia sebab kekurangan doktor pakar dalam negara kita.
  • Lepas UiTM ambil duit cukai yang dibayar oleh bukan bumiputera untuk melatih doktor pakar antarabangsa pula (international students). 

Banyak cantik ya.

Faham baik-baik ya : yang jatuh maruah di sini bukan 'bukan Melayu'.  

Maybe you need another Kongres Maruah. This time get it right.


The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.