`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 9, 2024

Itu pandangan peribadi, kata Pejuang Sabah selepas GRS tolak hasrat kerjasama

 

Mohd Hassan Abu Baka
Ketua Penerangan Pejuang Sabah, Mohd Hassan Abu Bakar berkata parti itu sekadar menyuarakan minat untuk bekerjasama dengan GRS tanpa mengemukakan sebarang permohonan rasmi.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pejuang Sabah menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Joniston Bangkuai menolak hasrat parti itu bekerjasama dengan mereka sebagai pandangan peribadi.

Ketua Penerangan Pejuang Sabah, Mohd Hassan Abu Bakar berkata parti itu sekadar menyuarakan minat untuk bekerjasama dengan GRS tanpa mengemukakan sebarang permohonan rasmi.

“Pejuang Sabah ingin menjelaskan sekali lagi hasrat yang diterjemahkan oleh Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir merupakan ‘minat’ untuk menjalin kerjasama. Namun, kita sudah mendengar penolakan,” katanya kepada FMT.

Sabtu lalu, Mukhriz dilaporkan berkata, Pejuang sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan beberapa parti politik dari GRS untuk menjalin kerjasama.

Beliau menyifatkan pemimpin GRS sebagai “rakan lama yang kita berjuang, menang dan hadapi cabaran bersama”.

Susulan itu, Bangkuai pada Isnin lalu berkata, GRS tetap menolak kerjasama dengan parti lain dari Semenanjung bagi menghadapi PRN17 kerana ia kini serasi dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah mentadbir negeri itu.

Pada masa sama, Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali pada Isnin lalu berkata, setakat ini tiada perbincangan GRS dengan Pejuang untuk berdepan PRN Sabah dan gabungan itu mahu mengukuhkan kerjasamanya dengan PH Plus dahulu.

Katanya, “hasrat Pejuang” belum dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat peringkat GRS.

Hassan berkata, beliau menghormati kenyataan Armizan yang disifatkannya professional dan merujuk situasi sebenar.

Menurutnya, Pejuang Sabah memahami hasrat GRS mahu memfokuskan kerangka kerjasama dengan PH Plus.

“Pejuang Sabah hanya dalam usaha berkawan dengan mana-mana pihak yang mempunyai prinsip sama, yakni memajukan serta mengutamakan rakyat,” katanya sambil menggesa semua pihak bekerjasama untuk membangunkan Sabah melalui undi majoriti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.