`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 3, 2024

‘Jangan buat kami tunggu lagi’, penghantar harap tubuh segera Suruhanjaya Gig

 

Pekerja gig seperti penghantar e-panggilan berharap mereka tidak dikecewakan lagi selepas ketiadaan pengumuman Suruhanjaya Ekonomi Gig (SEGiM).

PETALING JAYA: Persatuan Penghantar P-Hailing berharap Putrajaya dapat mempercepatkan kajian berkait Suruhanjaya Pekerja Gig untuk memastikan ‘impian’ penubuhannya benar-benar menjadi realiti kali ini.

Presidennya Zulhelmi Mansor berkata, wajar untuk suruhanjaya itu segera ditubuhkan memandangkan keadaan kritikal dialami mereka dan terutama selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri membangkitkan keperluan penubuhannya.

“Kami harap kajian ini dapat diselesaikan segera dan seterusnya suruhanjaya ini dapat ditubuhkan secara rasmi. Dengan ini, kebajikan keseluruhan pekerja gig seperti pemandu dan penghantar e-panggilan mampu terbela.

“Harap kerajaan tidak kecewakan dalam membela dan menjaga kebajikan kami,” katanya kepada FMT sambil berharap mereka tidak lagi tertunggu-tunggu inisiatif untuk membantu pekerja gig itu dalam meningkatkan taraf hidup.

Zulhelmi mengakui mereka pernah kecewa dengan cadangan penubuhan seumpama itu tahun lalu yang seakan-akan ‘tenggelam’ selepas Belanjawan 2024.

“Ketika itu, rakan-rakan pemandu e-panggilan dan p-panggilan amat bergembira dan berkeyakinan kebajikan mereka akan terbela,” katanya merujuk kepada ketiadaan perkembangan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig (SEGiM).

Rabu lalu, Anwar mengarahkan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig yang diumumkannya ketika Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 disegerakan untuk membela nasib pekerja terbabit.

Ia bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig, dengan tumpuan adalah memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan terbabit.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan berkait suruhanjaya berkenaan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri menjelang 1 Jun. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.