`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 2, 2024

Jangan ‘lepas geram’ pilih pembangkang, Guan Eng ingatkan pengundi KKB

 

Pengerusi DAP Lim Guan Eng memberi jaminan hanya dengan memilih calon kerajaan perpaduan masalah dihadapi rakyat akan dapat diselesaikan.

PETALING JAYA: Lim Guan Eng mengingatkan pengundi PRK DUN Kuala Kubu Baharu memilih calon pembangkang semata-mata untuk ‘melepas geram’ akan menyebabkan rakyat menanggung akibat.

Pengerusi DAP memberi jaminan hanya dengan memilih calon kerajaan perpaduan, masalah dihadapi rakyat akan dapat diselesaikan kerana kerajaan negeri dan pusat diwakili parti sama.

“Kalau nak wakil rakyat pandai cakap, pandai berlakon, pandai marah pilih pembangkanglah. Tapi ingat lepas geram apa anda dapat? Ada masalah tak boleh selesai, perut lapar tak boleh kenyang, kalau anda nak masa depan cerah dia cakap belakang kira.

“Kalau pilih calon Pakatan Harapan (PH) kita bukan sahaja boleh jaga. Ada masalah boleh selesai yang penting kita boleh bawa pembangunan bukan sahaja kerajaan negeri dan persekutuan…dua-dua sekali jalan,” katanya ketika berucap dalam pertemuan bersama pengundi India di Dewan Serbaguna Chuang, Rasa, malam ini.

Lim mengakui ada beberapa kekurangan dalam pentadbiran terutama membabitkan pengurusan kos sara hidup, namun kerajaan berusaha menanganinya.

Katanya, jika memilih wakil pembangkang keadaan pengundi juga tidak akan menjadi lebih baik.

“Tiada masalah kita tak boleh bereskan. Kita akui bukan semua kita buat 100% baik, sempurna, kita manusia, ada kelemahan. Masalah kos sara hidup perlukan masa, masalah kaum India kurang puas hati dengan peruntukan yang diberikan, kita akui.

“Tapi kalau sokong pembangkang anda boleh dapat lebih ke? Sokong calon PH perlahan-lahan kita akan tambah dan selesaikan masalah. Jangan kerana lepas geram kita gadaikan masa depan anak-anak kita,” katanya.

PH mempertaruhkan Pang Sock Tao daripada DAP dalam usaha mempertahankan kerusi diwakilinya selama tiga penggal, dicabar Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut mewakili Perikatan Nasional, Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei ini dengan undi awal 7 Mei.

Ia diadakan susulan kematian penyandang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu akibat kanser. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.