`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 5, 2024

Kerajaan rancang tukar asnaf jadi ‘penyumbang zakat’

 

Mohd Na'im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Mohd Na’im Mokhtar berkata pemerkasaan golongan asnaf diperlukan supaya tidak menerima bantuan kewangan semata-mata. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal Islam) merancang pelan tindakan merangsang kebebasan ekonomi asnaf dengan mengubah golongan itu pula menjadi ‘penyumbang dana zakat’.

Menterinya, Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya akan segera membincangkan pelan tindakan yang akan direka membantu golongan asnaf keluar masalah kewangan.

“Kami percaya satu pelan tindakan untuk memperkasakan golongan asnaf diperlukan supaya mereka tidak hanya menjadi penerima bantuan kewangan semata-mata, sebaliknya mengubah mereka menjadi penyumbang kepada dana zakat,” katanya menurut Bernama pada sidang media selepas Program Tautan Kasih Aidilfitri Madani di kawasan terbuka Medan Selera Labuan.

“Kami akan mengadakan sesi perbincangan melibatkan pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak lama lagi dan kami akan senaraikan semua cadangan untuk dibincang dan diperhalusi.”

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa MAIWP kini mentadbir 38 skim bantuan merangkumi pelbagai aspek sokongan seperti pendidikan, bantuan kewangan bulanan, program keusahawanan, pembaikan rumah, perbelanjaan perubatan, pembinaan perumahan, dan bantuan sewa rumah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.