`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 8, 2024

Kritikan pembangkang untuk semak dan imbang, Anwar diberitahu

 

dewan-rakyat
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata pembangkang membangkitkan pelbagai persoalan termasuk di Parlimen sebagai proses semak dan imbang perjalanan kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Wakil rakyat pembangkang meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim berlapang dada dan mendengar pelbagai pendapat termasuk kritikan pihaknya yang bertujuan untuk membantu membangunkan negara.

Ahli Parlimen Bagan Serai Idris Ahmad berkata Anwar yang membawa agenda Madani dalam pentadbirannya harus melakukan pembaharuan termasuk memberi ruang kepada pihak lain memberi pandangan.

Jelasnya, tidak adil untuk perdana menteri mengatakan Ahli Parlimen pembangkang tidak pandai ekonomi sehingga menjemput mereka mendengar kuliah mengenainya.

“Patutnya orang Madani mesti ada pembaharuan jangan bawa legasi, jangan bawa cara lama,” katanya kepada FMT.

Idris yang juga naib presiden PAS mengulas kenyataan Anwar semalam yang mendakwa pembangkang sering mengelirukan orang ramai dengan fakta tidak tepat, selain sering memperlekeh dan mencerca usaha kerajaan meningkatkan ekonomi serta produktiviti penjawat awam.

Sehubungan itu, Anwar mencadangkan Ahi Parlimen pembangkang diberi kuliah ekonomi untuk memahami keadaan sebenar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata kritikan pembangkang semata-mata untuk memastikan ketelusan melalui elemen semak dan imbang.

“Ini perkara-perkara yang kami persoalkan bukan nak bermusuh dengan perdana menteri, kita nak persoalkan ketelusan, keikhlasan, dan keberanian perdana menteri untuk melakukan reformasi yang dilaung-laungkan.

“Pembangkang sudah lama buat kerja semak dan imbang,” katanya yang juga ketua Pemuda Bersatu sambil menegaskan mereka tidak perlu diajar untuk menjalankan tugas itu.

“Itu sebab kami tanya kerana ini kerja pembangkang, buat semak dan imbang.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.