`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 10, 2024

Modal ‘tiada peruntukan’, Zulkafperi hilang pedoman, kata pemimpin Bersatu

 

rafiq abdullah n zulkafperi hanapi
Mohd Rafiq Abdullah mengakui partinya sudah tidak mengambil peduli tentang Dr Zulkafperi Hanapi sejak beliau menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Anwar Ibrahim Januari lepas.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menyifatkan Dr Zulkafperi Hanapi sebagai ‘hilang pedoman’ apabila menggunakan modal ‘pembangkang tiada dana’ untuk mempengaruhi pengundi menyokong calon kerajaan dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

Membidas alasan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu tidak dapat berkhidmat dengan baik kerana tiada peruntukan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohd Rafiq Abdullah berkata wang bukan penentu memenangi hati pengundi.

“Kadang-kadang kita selalu kunjung masjid, surau, pun orang dah suka,” katanya kepada FMT.

Berhubung dakwaan Zulkafperi bahawa gajinya habis dalam seminggu kerana perlu menyumbang apabila ada kematian atau kenduri kahwin di kawasannya, Mohd Rafiq berkata: “Ahli Parlimen lain tiada peruntukan (pun), elok saja (buat kerja).”

Kelmarin, Zulkafperi pada ceramah di pentas Pakatan Harapan (PH) menyeru pengundi agar menyokong calon komponen itu Pang Sock Tao bagi PRK Kuala Kubu Baharu, sambil berkongsi pengalamannya berkhidmat sebagai wakil rakyat tanpa peruntukan.

Menurutnya, beliau sering tidak dapat melayan permohonan penduduk kawasannya untuk menganjurkan program disebabkan kekurangan dana.

Mengulas lanjut, Rafiq mengakui Bersatu sudah tidak ambil peduli tentang Zulkafperi yang berpaling tadah menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak Januari lepas.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata keahlian Zulkafperi dan Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari dalam Bersatu terhenti secara automatik selepas mereka menyertai kempen PH.

Menurut Hamzah, kedua-duanya wakil rakyat itu perlu mengosongkan kerusi Parlimen dan DUN bagi membolehkan PRK diadakan.

Abdul Rashid bagaimanapun menolak kenyataan Hamzah, menegaskan keahliannya dalam Bersatu. Menurutnya, perlembagaan Bersatu tidak menyebut keahlian terhenti automatik jika menyertai kempen PH. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.