`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 14, 2024

Patut lantik profesional, wakil Orang Asli, kata penganalisis berkait Adun lantikan Pahang

 

Dun pahang
DUN Pahang semalam pelantikan lima individu sebagai Adun dilantik yang diusulkan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelantikan lima Adun dilantik diluluskan DUN Pahang semalam sepatutnya dibuat di kalangan kumpulan profesional dan mewakili etnik tertentu seperti Orang Asli, bukan ahli politik, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata lantikan empat daripada lima Adun dilantik itu yang di kalangan ahli politik tidak menggambarkan semangat sebenar pemilihan wakil rakyat tanpa melalui proses pilihan raya.

Menurutnya, langkah itu juga sepatutnya tidak memberi kelebihan undi kepada kerajaan memerintah tetapi peluang kepada kumpulan tidak mempunyai wakil dalam DUN Pahang.

“Sepatutnya lantik kumpulan profesional atau Orang Asli…tak salah untuk beri peluang ini kepada mereka,” katanya kepada FMT.

Semalam, DUN Pahang meluluskan pelantikan lima individu diusulkan oleh Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail, empat tahun selepas pindaan enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi melantik Adun secara lantikan.

Empat daripadanya adalah orang politik iaitu Haris Salleh Hamzah (ketua Umno Jerantut), Wong Tat Chee (ketua MCA Temerloh), Mohd Fadzli Mohd Ramly (pengerusi Amanah Pahang), dan Rizal Jamin (timbalan pengerusi PKR Pahang).

Turut dicadangkan pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Ahmad Irshadi Abdullah. Kesemuanya dijangka mengangkat sumpah pada sidang DUN Ogos depan.

Sementara itu, Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata tujuan mewujudkan Adun lantikan sepatutnya untuk mewakili suara rakyat minoriti, NGO dan profesional.

Namun beliau melihat perkembangan di Pahang itu sebagai strategi semata-mata mahu menggantikan wakil rakyat pembangkang pada masa depan dan memberi kelebihan undi

“Tidak perlu timbul isu membazir dalam keadaan keperluan mendesak kepada parti yang memerintah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.