`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 5, 2024

Suami isteri ditahan selepas anak dakwa dirogol 8 tahun

 

Ketua Polis Port Dickson Aidi Sham Mohamed berkata kejadian itu menyebabkan mangsa melahirkan dua orang anak di mana seorang meninggal dunia ketika dilahirkan manakala seorang lagi kini berusia tiga tahun. (Gambar PDRM)

SEREMBAN: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan dakwaan seorang wanita berusia 20 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun, sehingga melahirkan anak di Kampung Chuah, Port Dickson.

Ketua Polis Port Dickson Aidi Sham Mohamed berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sejak 2016 sehingga tahun ini di dalam rumah yang sama di kampung tersebut.

Beliau berkata ibu bapa pengadu, masing-masing berusia lingkungan 40-an itu ditahan Jumaat lepas pada kira-kira 11.40 pagi di IPD Port Dickson bagi membantu siasatan.

“Mangsa mengadu kepada ibunya namun tidak diendahkan walaupun pengadu telah melahirkan dua orang anak. Seorang meninggal dunia semasa lahir manakala seorang lagi berusia tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ibu bapa pengadu tersebut didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan kedua-duanya direman lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.