`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 9, 2024

US Bincang Sekatan?

  I received the following :

 


Pegawai tinggi kerajaan Amerika Syarikat sedang berbincang dengan kerajaan Madani berkenaan kemungkinan sekatan ekonomi terhadap kami sebab Malaysia didapati membantu Iran untuk eksport minyak Iran ke China.

Pada tahun 2023 lepas, rekod import rasmi menunjukkan Malaysia telah eksport 1.1 juta tong minyak sehari ke China - naik berganda berbanding 2022.

Kenaikan paling laju antara semua negara dalam dunia sehingga Malaysia menjadi sumber minyak ketiga terbesar China. 

Ini sangat mustahil sebab jumlah pengeluaran minyak Malaysia hanya sekitar 400 ribu tong sehari tetapi boleh pulak Malaysia eksport 1.1 juta tong sehari?

Ini adalah kerana ada pihak-pihak tertentu di Malaysia yang telah label semula minyak Iran sebagai minyak Malaysia untuk dieksport semula ke China bagi mengelak sekatan USA terhadap minyak Iran.

Kegiatan ini sudah tentu dalam pengetahuan kerajaan.

Kegiatan ini tidak memberi apa-apa faedah kepada Rakyat Malaysia dan negara - cuma memperkayakan individu-individu tertentu dan ianya sangat lumayan.

Banyangkan caj yang dikenakan untuk label semula minyak Iran sebagai minyak Malaysia supaya mendapat kebenaran mengeksport ialah US$5 satu tong.

Jadi, US$5 X 1.1 juta tong sehari = untung US$5.5 juta sehari.

atau US$1.825b setahun = untung atas angin RM8.65 bilion setahun.

Siapakah dari Malaysia yang sedang diperkayakan setiap hari dari kegiatan ini?

Sekiranya Malaysia tidak dapat menghalang kegiatan ini maka ada kemungkinan Amerika Syarikat turut mengenakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia.

LSS 
 
 
My Comments :


The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.