First the news from FMT click here.
Laporan SPM 2023 MOE : 278,700 daripada 373,525 calon sekurang-kurangnya lulus, gagal satu mata pelajaran, semua gagal, atau lain-lain kombinasi.
Ahli akademik menggesa intervensi awal dari peringkat sekolah rendah untuk mengatasi calon SPM sukar melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal kerana tiada kelayakan minimum.
PETALING JAYA: Dalam ‘keghairahan’ meraikan kejayaan 11,713 calon SPM 2023 mendapat semua A, ahli akademik menggesa kerajaan turut memberi perhatian kepada statistik menunjukkan hampir 75% pelajar hanya lulus minimum dan ke bawah.
278,700 daripada 373,525 calon sekurang-kurangnya lulus, sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran, semua gagal, atau lain-lain kombinasi.
131,489 calon mencapai keputusan sekurang-kurangnya lulus pada SPM 2023.
ahli akademik bimbang kesan jangka panjang terhadap sumber manusia kerana kumpulan terbabit tiada kelayakan minimum ke IPT terutama dalam program ikhtisas antaranya perubatan, kejuruteraan atau teknologi maklumat.
Presiden Persatuan Sains Teknologi dan Inovasi Dr Yunus Yasin berkata mungkin agak sukar membantu calon gagal subjek penting seperti Matematik dan Sains walaupun mereka mendapat sijil kerana lulus Bahasa Melayu serta Sejarah.
antara caranya menyertai program TVET
Dr Yunus berkata situasi itu sepatutnya diatasi lebih awal
Beliau menggesa intervensi awal bermula dari peringkat sekolah rendah
“Transisi (keputusan) dari sekolah rendah ke menengah tiba-tiba menurun, mengapa ia berlaku? Kita tak tahu sebab KPM tak kongsi data.
“Ada yang dakwa disebabkan kurang guru, peruntukan untuk peralatan seperti makmal, pelajar kurang minat atau cikgu kurang bertanggungjawab… kita tak pasti,” katanya kepada FMT.
“Perlu ada penilaian awal. Untuk mengesan masalah lebih cepat disusuli pencegahan… Ini tidak dapat diselesaikan KPM sahaja, perlu kerjasama untuk tingkatkan keputusan SPM.”
Ahli akademik lain bimbang kelompok terbabit berpandangan terus bekerja lebih baik berbanding menyambung pelajaran.
risiko menyebabkan negara kekurangan bakat dan pekerja diperlukan pelabur asing
“Pelabur tidak akan melabur di Malaysia sekiranya tidak yakin
My Comments :
Takpelah. Kalau semua budak-budak kita jadi doktor, arkitek, engineer dsbnya habis siapa nak jadi 'Food Delivery' pula? Kalau semua lulus SPM cemerlang, siapa pula nak jadi Mat Rempit?
Jangan pandang remeh bebudak Food Delivery dan Mat Rempit. Sebab mereka sudah jadi essential component atau komponen utama dalam landscape masyarakat kita. Dan mereka juga sudah jadi 'vote bank' untuk ahli politik yang bankrap dalam kepala otak mereka.
Sekarang bebudak Food Delivery making menjadi samseng di jalanraya. Jika berlaku kemalangan kecil yang melibatkan motorsikal mereka, dalam masa sekejap saja mereka berkerumun entah dari mana dan boleh berlaku ganas kepada awam. Dan ada yang terlibat membunuh orang.
Saya sendiri pernah "diancam" seorang bebudak Food Delivery (masa itu kereta saya sudah parking di tepi jalan dan saya sudah nak turun dari kereta saya). Budak motor itu lalu dengan terlalu laju dan hampir 'kena' kereta saya. Dia berhenti dan tunjuk muka yang 'mengancam' tetapi sebab tidak ada geng dia yang lain di sana pada masa itu maka dia pun terus jalan. Kalaulah ada geng-geng dia saya tak tahu lah apa yang boleh terjadi. Mungkin masuk berita 'Blogger OutSyed The Box diserang geng Food Delivery'?
What else do you expect? Kalaulah 75% daripada calon SPM lulus tercungap-cungap atau gagal SPM apa lagi pilihan hidup mereka?
Bagi bebudak di kampong pula terus bergantung kepada ibu bapa, makin dewasa tapi tanpa peluang kerja yang baik, susah bagi mereka hidup berdikari. Masalah ini makin kronik di kalangan orang Melayu.
Setan-setan politik bolehlah mainkan isu stoking, isu UITM pelbagai tapi itu hanya untuk menangkis atau tepiskan perhatian umum daripada kebodohan politik mereka. Bebudak Food Delivery dan bebudak penganggur yang duduk berdengung di kampong tak tahu apa pun pasal stoking atau kemasukan ke Cardiothoracic graduate program.
Masalah ini jauh lebih besar daripada kemampuan Menteri Pendidikan ataupun kemampuan Kerajaan untuk menanganinya. It is not going to happen. They do not have the capacity. Tambah lagi Budget Kementerian Pendidikan melebihi RM70 - 80 Billion. Too much money is involved.
Pendek kata this is Club of Doom.
If you are smart listen to Dr Yunus.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.