`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 2, 2024

Malaysia perlu anjakan sektor pelancongan, kata PM

 

Free Malaysia Today
Anwar Ibrahim berkata kerangka, insentif dan pembangunan infrastruktur dibangunkan kerajaan penting untuk disahut dengan pelaburan sektor swasta sebagai pemain utama dalam merencana produk pelancongan.

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sehubungan itu kerangka, insentif dan pembangunan infrastruktur dibangunkan kerajaan penting untuk disahut dengan pelaburan sektor swasta sebagai pemain utama dalam merencana produk pelancongan serta penyediaan sumber tenaga berkualiti.

Katanya, perkara itu antara inti pati mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 5 Tahun 2024 yang dipengerusikan hari ini dengan tumpuan dan perbincangan secara mendalam berhubung sektor pelancongan serta pengangkutan awam.

“Turut disentuh, aspek peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada termasuk dengan menambah baik kualiti kemudahan perhubungan ke stesen-stesen pengangkutan rel bandar.

“Saya percaya, penambahbaikan ekosistem pengangkutan awam negara perlu diselarikan antara lain dengan pemahaman yang diikuti dengan langkah-langkah pembetulan ke atas kekurangan semasa,” katanya di Facebook. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.