`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 2, 2024

MANDELA MASIH TIDAK FAHAM BISNES

 


Saya sedang dengar berita dan tiba-tiba ada video pop-up Mandela dari benua Asia Tenggalam cuba menjelaskan pelaburan beeliyon-beeliyon oleh BlackRock. BlackRock melabur RM20.7 bilion dalam pasaran saham dan RM7.0 bilion lagi dalam sukuk dan bon. Tidak menjadi masalah dia kata.

Memang tak ada masalah. Kita peduli apa? Bond dan sukuk itu BUKAN pasaran saham pun. Bond dan sukuk adalah debt instruments dalam 'pasaran kewangan' atau 'money markets' kita. Bukan stock market (Bursa saham). Sekali lagi Mandela kurang jelas. Depa nak beli bond ke atau nak beli sukuk ke atau nak beli surat kedai pajak ke itu dia punya pasal.  Siapa pun tak peduli.

Begitu juga kalau BlackRock mahu beli saham syarikat tempatan daripada pasaran terbuka (open market purchase) itu adalah pilihan depa. Itu adalah sebahagian daripada portfolio management depa. Sekejap dia boleh beli saham syarikat di Bursa saham kita, sekejap dia akan beli saham di Bursa Singapura, lepas itu dia boleh beli saham syarikat Jepun di Bursa Saham Tokyo. Semua itu adalah pilihan portfolio management depa. Kita tidak peduli. 

Di dunia mana pun, pembelian saham di Bursa saham itu terikat kepada syarat-syarat Bursa tempatan. Jika sesiapa  membeli lebih 5% saham syarikat yang tersenarai perlu memberi notis, kalau melebihi x% saham syarikat tertentu (perbankan contohnya) perlu mendapat kelulusan, kalau melebihi 30% atau 33% (contohnya) perlu mengisytiharkan 'General Offer' dan begitu. Ikut syarat-syarat Bursa sesebuah negara. 

Di Amerika Syarikat contohnya orang asing tidak dibenarkan menguasai majoriti saham syarikat media (TV, surat khabar etc). "Rupert Murdoch became a US citizen in 1985 to satisfy US media ownership rules".  Maksudnya everything is under control.

Satu lagi perkara ialah walaupun BlackRock memegang RM20.7 billion saham syarikat di Bursa tempatan percayalah tidak sekali pun boleh terlintas dalam kepala hotak mereka bahawa mereka pula akan melantik Chairman atau CEO syarikat. Saya yakin  dalam pelaburan sebanyak RM20.7 bilion itu, BlackRock mesti memegang saham dalam pelbagai syarikat tetapi tidak pernah  kita dengar mereka melantik Chairman atau CEO mana-mana syarikat pun. 

Tetapi dalam perkara syarikat GLC monopoli gergasi pula kenapa mereka dijemput secara khusus untuk beli 30% saham ekuiti syarikat itu? Kalau tidak dijemput pun kenapa mereka dilayan special? Kenapa perlu timbul pun persoalan 'Chairman dan CEO kita pegang'? Of courselah awak pegang - sebab syarikat itu awak punya. 

Apakah tujuan sebenarnya tiba-tiba menjemput syarikat gergasi America yang mempunyai perhubungan dengan geng-geng World Economic Forum untuk membeli ekuiti yang begitu besar dalam syarikat lapangan terbang yang menjaga dan mengurus 39 airport tempatan termasuk lima international airport yang terletak di lokasi paling strategik di sekeliling Laut China Selatan dan Selat Melaka? Sistem airport kita juga mempunyai access kepada keseluruhan rangkaian "civilian radar" negara.

What is going on?

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.