`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 2, 2024

YB VIRAL DAN KEKAWAN PERLU IKUT STYLE PKR

Perhimpunan rakyat oleh YB Viral dan kekawan telah pun diadakan di Putrajaya pada Sabtu 29hb Jun 2024. By the way saya pernah dengar nyanyian Cik Dayangku Intan di Bangi Avenue kurang lebih tahun sudah (tak ingat exact date). Tahniah diucapkan kepada kesemua pejuang hak rakyat yang telah pun sudi hadir bersama untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan rejim yang tidak lurus. 

Perhimpunan telah berlaku dengan cara baik dan aman tanpa menggangu gugat siapa pun. Tahniah.  

Putrajaya jauh juga untuk orang ramai sampai ke sana tanpa LRT, MRT dsbnya dan tanpa tempat parking yang sesuai.  Kita juga perlu bayar tol sekurangnya dua kali untuk sampai ke sana. 

Penganjur juga perlu gunakan Tik Tok dan media sosial dengan lebih  aktif untuk sampaikan mesej mereka.

Saya rasa perhimpunan itu boleh menarik lagi ramai penyokong menyertainya jika dibuat ikut style PKR dulu.  Pada zaman reformasi dulu PKR akan buat demo pada hari weekend dan hari minggu di tengah ibu kota seperti di Dataran Merdeka, di Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan juga di pantai Port Dickson. Oleh kerana ini adalah kawasan penduduk high density atau pengunjungnya ramai maka lebih mudah bagi penyokong mereka datang untuk sertai demo.

PKR juga akan pilih hari minggu apabila Pasar Malam sedang berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur yang dengan sendirinya mampu menarik beribu orang datang hadir. Atau weekend di pantai Port Dickson di mana beratus atau beribu orang memang akan berkelah dan makan angin di tepi pantai.  

Jadi PKR akan membuat claim bahawa 'beribu orang' telah datang untuk sertai demo mereka. Melihat bahawa mereka sekarang sudah kuasai Putrajaya maksudnya taktik mereka memang berhasil. 

Akhir sekali the ends justifies the means. Atau matlamat halalkan cara. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.