Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke rumah saya di kampung, saya berhenti sebentar di tepi jalan untuk membeli pisang goreng di sebuah gerai. Si isteri melayan saya sementara si suami tekun menghadap kuali menggoreng pisang dan keledek. Sambil itu saya melihat langit, mendung kian berat.
Sambil menyambut duit saya, si isteri dilihat mengagah-agah ‘aum-cak’ di bawah meja gerainya. Saya berlagak selamba tetapi hati saya berkocak. Di bawah meja gerai yang terjamu pisang, sukun dan keledek goreng itu rupanya ada ruang kecil tempat anak kecilnya tidur. Ahhh! Di bawah langit yang bila-bila masa akan turun hujan lebat ini sepasang suami-isteri gigih berjualan. Tak lain tak bukan tentulah demi anaknya.
Saya bayangkan betapa sejuknya mereka tiga beranak nanti di bawah payung jika hujan lebat. Begitulah nekadnya ibu dan ayah yang mengharung hidup demi memastikan nasib ahli keluarga terbela. Biar hujan panas asalkan si anak tak putus susu.
Saya pernah lalui zaman itu. Saya berniaga secara ‘rambo’ di pasar malam. Istilah rambo ialah istilah untuk peniaga bebas yang tidak berdaftar dengan penganjur pasar malam di sesebuah kawasan. Kita hanya menunggu jika peniaga yang menduduki satu-satu tapak itu tidak datang berniaga pada hari tersebut dan penganjur akan beri kita gunakan tapak tersebut pada malam itu sahaja dengan kadar bayaran tertentu. Di situlah saya dan isteri berniaga manakala dua anak istimewa saya terbaring tidur di dalam kereta di belakang tapak niaga. Walaupun saya ada gaji cikgu, kena ada juga pendapatan lain demi membiayai rawatan dan latihan anak-anak saya di pusat terapi swasta selain mengikuti rawatan hospital kerajaan.
kata seorang abang yang sangat rapat dengan saya di zaman hempas-pulas itu. Rutin saya selepas menyuap makan malam kepada anak-anak, saya keluar sekejap melepak kedai kopi berhampiran rumah untuk bertemu Abang Jak dan beberapa kawan sealiran. Ia seperti terapi melegakan perasaan sejenak dengan mendengar cakap-cakap pasal kerohanian selepas seharian bekerja.Ibu ibarat bumi manakala ayah seperti langit,
tanya saya.Kenapa ibu ibarat bumi?
kata Abang Jak sambil menunjuk ke tanah.Kerana sewaktu kita dalam kandungan ibu, kita dapat makanan dari zat ibu. Ketika sudah lahir dan masih bayi kita disusui ibu pula. Tetapi apabila dewasa, ibu ‘ini’ yang memberi kita makan pula.
Makanan yang kita ambil adalah hasil dari ibu leluhur (tanah) ini. Nasi, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ibu kandung kita sangat penyayang. Dia sanggup berkorban untuk kita dan menerima segala keburukan kita. Sehodoh mana rupa dan akhlak kita, kasih ibu tak berkurang. Begitulah tanah ini, ibu leluhur. Kita berpijak di atasnya berjalan ke sana ke mari berbuat baik dan berbuat jahat, bila mati tetap ‘dia’ terima. Sebab itu bila mati ditalkinkan kita berbinkan dengan nama ibu menandakan dari perut ibu kandung disempurnakan kejadian kita dahulu sebelum dilahirkan, kemudian ke perut ibu leluhur pula kita ditanam untuk menyempurnakan kepulangan kita ke pangkuan Maha Pencipta.
Panjang lebar untuk saya hadam ketika itu. Saat itu saya masih tiga puluhan. Usia kemuncak berasa diri gagah, pandai, kuat dan sentiasa betul. Ego cukup tinggi tetapi hati saya sejuk apabila mendengar kata-kata falsafah dari Abang Jak.
tanya saya lagi.Kenapa ayah itu seperti langit?
Sebab ayah ni dia melihat kita dari jauh. Macam tak peduli saja tetapi dia memayungi kita, menurunkan rezeki. Langit itu luas. Ayah di atas meneroka seluasnya untuk memberi nafkah. Peperangan cukup hebat di atas sana. Ayah tidak mahu anak melihat apa berlaku di atas. Di tempat kerja ayah dihina, dimarah dan diherdik seperti bangsat. Ayah tadah semua hinaan dan nistaan asalkan dapat dia bawa pulang makanan demi anak-anak. Ibarat kita yang layu di bawah, langit turunkan hujan dan hantarkan awan untuk redupkan kepanasan.
Saya tenang mendengar. Ego saya mengempis.
Bila melihat ayah, kita mendongak kerana memandang tinggi pengorbanannya. Dia cedera parah di atas sana tapi kita di bawah ini tak nampak. Dia sorok.
Bila melihat ibu kita tunduk, bukan kerana taraf dia rendah kerana kedudukannya terletak lebih bawah daripada kita tetapi kerana dari kedudukannya di situlah dia dokong kita agar kita gagah melangkah. Kalau kita jatuh, dia tampan dengan badannya.
Saya tersedar daripada lamunan silam. Saya hidupkan enjin motosikal dan meninggalkan gerai pisang goreng itu untuk meneruskan perjalanan pulang. Di rumah, isteri saya — ibu kepada arwah dua saya sedang menanti. Semoga abang dan akak pisang goreng itu beroleh kebahagiaan dengan anak mereka.
Awan gelap menurunkan hujan. Saya berhenti sebentar dan mengenakan baju hujan. Saya ingin segera sampai. Perjalanan di lebuh raya diteruskan dengan ditemani manik-manik hujan dari langit. Manik-manik dari kelopak mata juga turut sama mengalir mengenang ibu, ayah, isteri, anak, alam semesta dan kerasnya kehidupan ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.