`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 26, 2024

‘Tak guna saya jadi PM kalau kompromi isu GISBH’, tegas Anwar

 

Free Malaysia Today
Anwar Ibrahim menegaskan sesiapa yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan walaupun sering mendakwa memperjuangan serta menegak soal Islam.

KUALA LUMPUR
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan berkompromi berhubung isu salah laku membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) termasuk mengeksploitasi kanak-kanak.

Beliau berkata kerajaan pentadbirannya tidak akan mengalah dengan gerakan organisasi itu yang kegiatannya telah dibongkar oleh pihak berkuasa sehingga membawa penahanan pimpinannya untuk siasatan.

Soal Global Ikhwan saya nekad dan tidak akan mengalah, kalau itu (isu GISBH) nak kena kompromi, tiada makna saya jadi Perdana Menteri,
 katanya dalam Forum Ilmuan Malaysia Madani malam ini.

Tegas Anwar, sesiapa yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan walaupun kumpulan itu sering mendakwa memperjuangan serta menegak soal Islam.

“Mentaliti kita, soal akhlak dan nilai itu jadi kebelakang. Walaupun (seorang) pensyarah dan cakap mengenai Islam (sampai) berbuih mulut, tapi kita tetap akan ambil tindakan (sekiranya terbabit) rasuah (atau) Global Ikhwan (GISBH).

Itu akan ditentang,
 katanya.

Sebelum ini media melaporkan GISBH disiasat kerana mengeksploitasi kanak-kanak melalui penubuhan rumah amal serta kebajikan bagi tujuan kutipan derma.

Menerusi Op Global dilancarkan sejak 11 Sept lalu, polis menyelamatkan 572 kanak-kanak dan remaja disyaki menjadi mangsa eksploitasi syarikat itu dalam serbuan di rumah kebajikan dikaitkannya di beberapa negeri termasuk Selangor dan Negeri Sembilan.

Setakat ini, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH telah ditahan.

Siasatan polis turut menemui pelbagai jenis buku, dokumen, dan gambar yang berkaitan dengan ajaran Al-Arqam serta GISBH yang telah dirampas untuk siasatan.

Dalam perkembangan lain Anwar berkata keputusan membatalkan perancangan sebuah kementerian dan agensi untuk membawa 68 pegawai ke sebuah pesta pameran di Berlin mendapat sokongan penuh dari Jemaah Menteri.

Katanya, memasuki dua tahun pentadbirannya, tidak pernah mana-mana menteri serta pimpinan parti politik dalam kerajaan perpaduan mempertikaikan keputusannya berkaitan dengan tata kelola.

“Pertama tender jangan ada kebocoran dan baru-baru ini saya terjah satu agensi kerajaan hantar 68 orang ke pesta di Berlin, saya dapat sokongan dari kabinet.

Maknanya ini pertama kali dalam sejarah perdana menteri kata tak payah pergi,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.